Kenapa takut untuk meluahkan?
Nak tunggu hingga terjadi perpisahan?
Bukankah sahabat sejati akan berlapang dada?
Menerima segalanya sepenuh rela?
Tidak kira apa yang kau katakan padanya.
Walau apa yang kau luah itu akan melukakan hatinya
Walau apa yang kau ceritakan itu akan membuatnya menangis hiba
Walau nanti kalian kurang mesra seperti biasa
Namun...sedarlah
Sahabat sejati itu tidak akan meninggalkan
Tidak akan menjauhkan
Malah dia akan kembali semula
Mendekat tanpa dijangka
Bertaut semula dua hati yang saling merindui
Andai sesekali tiada kata yang menjelma
Mungkin dia perlu masa
Menilai apa yang diterima
Kejujuranmu itu mungkin akan menyakitkan
Namun itulah kebenaran
Sahabat yang baik tidak akan pernah meninggalkan
Tidak akan menjauhkan
Tidak akan mencipta jarak perhubungan
Walau ditakdirkan berjauhan
Hati tetap merasakan hadirnya teman
Jiwa sentiasa menyaksikan
Sebuah keperitan
Menahan selautan kerinduan
jika dia
jika dia sahabat sejati
yang dimaksudkan
jika dia
jika dia sahabat sejati
yang dimaksudkan
melodi jiwa
adakalanya kita perlu berkata
sayyidul ayyam
5 safar 1433H
** nikmat paling manis apabila Allah mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. namun tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang mampu memberikan aliran halawatul ukhwah dan kesungguhan dalam perjuangan melalui rabitah hati.
** sahabat yang baik itu adalah yang berkata benar bukan yang membenarkan kata-katamu
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

komen komen!!!
ReplyDelete