"mintak maaf. asyik tak dapat tunaikan hak sahabat."
terkedu apabila sahabat mengatakan ini.
HAK SAHABAT?
beberapa minggu lalu saya bertanyakan aktivitinya pada hujung minggu. ada rasa rindu padanya. hati ingin bertemu. namun Allah masih belum izinkan. lalu dia membalas ayat di atas.
Sahabat, kau kata kau tidak dapat tunaikan hak sahabat pada ku. Aku? aku juga tertanya-tanya selama kita bersahabat, adakah aku telah menunaikan hak mu? Adakah nama mu dalam setiap doaku? Adakah aku selalu bertanya kan khabar mu? Sungguh pernyataan mu diatas sangat membuatkan diri tidak senang. Jangan khuatir. Bukan salahmu. Malah aku berterima kasih atas pernyataan tersebut. Aku bersyukur Allah menegur tidak berhenti pada masa yang sama Dia tidak berhenti menguji kekuatan hati. Lebih-lebih lagi waktu tersebut pelbagai cara Allah menguji jiwa ini. Sepotong ayat mu itu membuat aku terdiam duduk merenung diri. Ya! masih banyak hak-hak sahabat yang masih belum dapat aku tunaikan kepada mu juga kepada sahabat-sahabat yang lain.
Bersahabat pun memiliki nilai-nilai hak, antara lain:
a. Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya disamping memenuhi keperluan masing-masing tanpa diminta.
b. Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya di depan atau di belakangnya.
c. Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.
d. Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.
e. Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.
f. Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
g. Berusaha meringankan beban keluarganya semasa hidupnya atau setelah kematiannya.
h. Tidak memberatkan sahabatnya dengan beban yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan senantiasa berbuat baik kepadanya.
i. Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bicara dan mendengar sehingga selesai percakapannya.
j. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis.
hmmm...masih byk yg belum saya tunaikan..maafkan saya sahabat. Saya berusaha.. Bantu saya.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^