habis sudah
pelbagai pemadam aku guna
masih juga sama
tidak mahu hilang
tidak mahu padam
lakarannya masih ada bayangannya masih bersisa kadang menjelma tanpa dipinta
ku padam
ku padam
pemadamku habis
ku cari pemadam pasir
kekal jua begitu
ku koyak kanvas itu
ku ramas
ku buang
ku bakar
biar punah semua
namun tidak lama
datang semula
menjelma semula
haruskah aku padam guna liquid paper?
huuu...
aku perlu tambah bilangan istighfar
lebih lagi dari dulu
aku perlu gandakan bilangan istighfar
berganda lagi dari dulu
ku mohon semoga istighfar itu
dapat membantu aku
memadam lakaran itu
menghapus bayangan itu
sekaligus berharap
agar Allah perkenan untuk menghapus dosa ku
berharap agar Allah sudi makbulkan pinta ku ikut kemampuan ku
#tidak semua yang ingin kita padam akan benar hilang kerana Allah sengaja biarkan agar kita belajar sesuatu dari pelajaran yang bernama 'kenangan'. boleh jadi dari situ kita dapat kekuatan untuk menghadapi hari depan.
melodi jiwa
merenung liquid paper
29031434
perlop
~ajar aku agar sentiasa bersangka baik kepada Mu hingga sampai waktu aku kaku~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^