Alhamdulillah.
Setahun setengah yang lepas, saya menulis entry di atas gara-gara kegagalan saya menjejak dia.
Hiihii...
Alhamdulillah. Setelah hampir dua tahun berlalu, tanpa dirancang dan dengan izin Allah kami terjumpa, terserempak, ter'bertembung' di Pesta Buku 1 Malaysia, PWTC. Pada 1 Februari 2013. Cuti Hari Wilayah.
Sedang jalan-jalan dan meng'usha' novel Setia Hujung Nyawa utk kakak Cik Ct di Booth Karangkraf, terlihat satu sosok yang dikenali dan selama ini ku tercari-cari.
Alhamdulillah.
Tanpa segan silu, saya menjerit "Juu!!!" di depan kaunter bayaran Booth Karangkraf tu..
Siap buat drama percuma kat situ.
Aishhh...
Selepas entry di atas, usaha untuk berjumpa tidaklah segigih mana. Memandangkan dia nun jauh di selatan sana. Namun sejak tahun lepas, ketika dia telah bekerja di KeEL, ada juga la plan nak jumpa tapi tak jadinya.
Allah punya kuasa.
Alhamdulillah.
Walau sebentar ia bermakna.
Adakalanya yang jauh berbatu-batu andai Allah izinkan berjumpa mudah je bertemu. Semua dengan izinNya. Begitu juga sebaliknya. Andai tinggal berdekatan sekali pun, namun Allah masih belum izin untuk bertemu maka tidak terciptalah pertemuan tersebut.
:-)
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
![]() |
| "wei...asal ko dah kurus? " Aishhh... Memang tak larat dah nak jawab soalan ni. "bagitau la rahsia, aku pun nak gak" "macam ko tu besar je...sama je aku tengok. Tade rahsia apa, naik turun tangga opis je" |
Alhamdulillah 'ala kulli hal atas pertemuan yang tidak terduga ini.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^