sering saja
aku lebih suka
untuk pergi ke majlis nikah
berbanding majlis walimah
kerna saat itu
empanganku pecah
air mata ku tumpah
tatkala mendengar
khutbah nikah
saat ayahanda menyerahkan
saat bonda melepaskan
saat pengantin penuh debaran
saat jemputan menyaksikan
kala gadis menjadi isteri
kala sendiri berdua kini
kala beradik bertambah ahli
kala tanggungjawab perlu di kali
entah yang ke berapa kalinya
empanganku pecah
air mata ku tumpah
tatkala mendengar
khutbah nikah
melodi jiwa
debar
29031434
surau, perlop
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^