"aku rasa kejap lagi ko yang kene baca ayat panjang ni."
"kita tengok sape yang kene kak.." sambil memandang ayatuddain.
Ayat terpanjang di dalam surat cintaNya. Tak kesah pun sebenarnya nak kene baca semuka.
:-)
"entah-entah aku yang kene baca." bilang kak D sambil mengira.
"tarik nafas kak.hehhee.."
*************
".....wallahulghafuururrahiiiiimmmm"
"ni ayat pengasih ni.."
seisi kelas mengalihkan pandangan.
"kalau sapa-sapa nak baca kat suami boleh la..."
Gelak.
Senyum.
Sipu.
------
Ayat tadi ku renung. Ku baca terjemahannya. Ku cuba fahami apa terdaya.
Owh. Ayat ni rupanya. Pernah je tweet suatu masa dulu.
Dan satu perkataan itu mengingatkan kepada adinda Ruhani. #eh.
Fattabii'uuni....maka ikutilah aku.
^__^
Doalah. Ia sampai. Kepada dia.
Dengan izin-Nya.
Serula. Ia sampai. Kepada dia.
Dengan izin-Nya.
Titiplah. Ia sampai. Kepada dia.
Dengan izin-Nya.
Tembaklah ke mana saja madah rindumu. Ia sampai. Kepada dia.
Dengan izin-Nya.
Tembaklah berapa saja madah kasihmu. Ia sampai. Kepada dia.
Dengan izin-Nya.
Sudah tentu dari hati yang tulus jiwa penuh seikhlas rela dengan keyakinan tinggi kepada yang Esa. Ia sampai. Kepada dia. Dengan izin-Nya.
Walau siapa pun dia.
Walau siapa pun dia.
Walau siapa pun dia.
Mungkin saja dia sahabat yang telah lama terpisah jasad.
Mungkin juga dia seseorang yang tidak pernah Allah izinkan ketemu.
Mungkin dia yang selalu jumpa bahkan tetap saja rindu.
Titipkan.
Kirimkan.
Sebutkan.
Nama dia itu dalam tiap bait doamu selalu.
Tanpa kira waktu.
Allah tahu.
#eh
-----------
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
3:31
![]() |
| dandan terus tulis ayat pengasih hihi |
------------
"nak baca kat sapa?" kak D disebelah bersuara.
"tu la kak. Kita nak baca pun calon suami belum muncul lagi." sesama terlepas gelak.
"baca kat ustaz la..!" sambil menjegilkan matanya yang sedia buntang itu.
"akak!!!!" saya pula berusaha untuk membesarkan mata seperti kak D.
ayat al-quran tu semuanya penyembuh.
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
rasa macam tade kaitan plak tajuk + ayat ngan cerita yg panjang lebar ni.. hihii...
kbai.

Kak Nurul!!! (@_@)
ReplyDeleteAkak hembus ayat tu pada saya ya?
Suddenly, Allah gerakkan hati membuka laman akak ini!!! #fuhh
hahaha... :D
hahahaha perasan!
Deleteala Ruhani...
Deletekalau x sebab hembushembus pon memang aton selalu selakselakbelekbelek laman putihpinkpurple ni kan...
kan..?
@__@