hanya dicari
tatkala ingin
akad berwali ijab bersaksi
apabila Islam itu
hanya diladeni
tatkala ada jenazah disisi
maka
apa sudah jadi
dengan solatmu
zakatmu
puasamu
hajimu
serta perkara lain
yang mengiringi hidupmu
Islam itu bukan buffet
solat ketika kau mahu
maghrib yang selalu
zakat?
hanya fitrah yang kau tahu
Ramadhan kau penuhi
sekadar ingin merasai aidilfitri
haji?
bersungguhkah kau ingin pergi?
Islam bukan buffet
tatkala majlis walimah itu yang kau bisingkan
berbanding solat mu yang masih kau entengkan
tatkala segala urusan jenazah teliti kau siapkan
berbanding amalan mu yang patut lebih kau risaukan
kerudung kau sarungkan
jubah kau gayakan
apakah sekadar ikutan
atau memahami tuntutan?
Allah.
barangkali aku juga akan merasa azabNya
kerna masih diam duduk saja
tanpa berbuat apa-apa
tanpa menyampaikan peringatan percuma
melodi jiwa
bila mahu bersuara
1423
27031434
~bantu aku untuk kekal bersangka baik terhadapMu hingga sampai waktu, aku kaku~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^