"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Thursday, 16 June 2011

..sejenak di MSSASS mlm isnin yg lalu..

ganjaran sabar

1. 300 darjat : sabar kerana taat akan perintah Allah
2. 600 darjat : sabar untuk tinggalkan maksiat
3. 900 darjat : sabar apabila ditimpa musibah

maksud hadith - Allah bagi dua perkara kepada manusia iaitu aman dan takut. Jika engkau memilih aman di dunia maka Allah akan beri takut di akhirat. Jika engkau pilih takut di dunia Allah akan beri aman diakhirat. maka pilihlah antara dua perkara tersebut..

hati orang yang beriman bersedia menerima nasihat dari ulama'.

nasihat yang termulia adalah al-Quran.

sikap orang yang bertaqwa :
1. suka beri sedekah secara tersembunyi
2. menahan rasa marah
3. memaafkan orang lain

perhimpunan yang baik Allah akan beri:
1. pengampunan
2. keberkatan
3. hadiah @ anugerah

Allah bagi kita anugerah setiap hari - kita mesti mencari dan berusaha untuk meraihnya.

Orang yang mencari hidayah, Allah akan bantu.

Menghadiri majlis2 ilmu...
- Allah mengutuskan malaikat khas untuk menghadiri majlis ilmu. Allah akan ampunkan dosa mereka yang menghadiri majlis ilmu itu. Walaupun keberadaannya di situ bukan kerana untuk menghadiri majlis ilmu. Namun Allah tetap mengampunkan dosa-dosanya...

Membersihkan apa saja yang menghalang turunnya anugerah tersebut iaitu:
1. derhaka kepada ibu bapa
2. memutuskan silaturrahim
3. bermusuhan sesama Muslim

perkara-perkara di atas adalah beberapa perkara yang sempat disalin ketika mendengar ceramah di MSSAAS.

kehadiran kami kesana tidak dirancang dan tidak disengajakan. habis je mkn kat seksyen 7 terus je ke sana....alhamdulillah.. segalanya tidak dirancang...
sampai tingkat 2 nak p solat..telekung pulak habis...habis digunakan oleh jemaah muslimat..
rupenyer ade program..patutlah byk tul kete park kat luar tu...

alahai...x sempat solat ikut imam..

rupenye ade pengisian yg berguna lepas solat maghrib tu...
alhamdulillah...alhamdulillah..

saya x ingat siapa yang bagi ceramah...tapi orang tu cakap arab sepenuhnya... terkulat2 gak nak paham..ade la faham skt2...penterjemah pulak cakap laju betul..terkejar2 nak menyalin... alhamdulillah..dapat gak sikit ilmu Allah hari tu..

alhamdulillah...segala puji bagi Allah...

ok...

** nati kt p sana lagi ye *kamu*..
** kene blaja salin laju2 n blaja blk bahasa arab...(tu la dulu main2 je kat sekolah...asik hafal karangan jer..mufradat x bertambah pun..)adush..

~bersangka baik dgn Allah stp masa~

2 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Alhamdulillah.
    Alhamdulillah.
    Tiada kata seindah ungkapan di atas.
    Siapa lagi yang mampu beri kita Manfaat? Hanya Dia. Insya Allah. Mudah-mudahan Dia beri kemudahan.

    ReplyDelete
  2. majlis ilmu itu taman-taman syurga..

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^