bila rasa diri lemah..
perlu cari blk kekuatan... tak leh nak layan jer.. kene kuat.. umat Islam perlu kuat..
selak2. .
ok.. dah jumpa.. al-hadid.. (^__^)
al-Quran itu ada segalanya...surat cinta yang penuh dgn cinta dan kasih sayang.. (^_____^)
al-Hadid - besi...selalu pikir dan doa...saya cakap kat diri..baca lah surah al-hadid..nati leh kuat..tapi tak la kuat macam Nabi Daud sampai boleh bengkokkan besi tu..apa yang saya pohon ialah biar hati saya kuat, tabah..
apa yang saya jumpa...
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (5)
ya..kepada Allah lah dikembalikan segala urusan...ada masalah..ada musibah..dapat nikmat..ape2 pun la..kembalilah kepada Allah. kembalikan segala urusan kepada-Nya..Dia mengetahui segala..
Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (6)
Dia tahu..ceritalah kepada-Nya..tak kira masa..bukan atas sejadah sahaja...ceritalah...ceritalah..mengadulah tanpa jemu...Dia sentiasa sudi mendengar..ceritalah..pada Dia..Dia tahu..
ayat seterusnya..sedih..
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar". (12)
bercahayakah wajah di sana nanti..? ya Allah...
ayat seterusnya membuatkan bertambah hiba...tahu sesuatu...tapi selalu lalai..berilmu tapi kurang beramal..
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. (16)
tanya diri..belum tibakah masanya...? jika belum.. bila? bila baru nak patuh? ayat ni dah turun lama...
semoga dijauhkan menjadi orang yang fasik dan derhaka..
ayat 20 ni pulak..betul2 Allah menegur...
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya)...... Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(20)
tanya diri..terpedayakah selama ini..?leka..khayal dgn nikmat dunia yg sementara...
Allah menegur..kemudian Allah berjanji..Allah bagi berita gembira..
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (21)
Allah itu sekali-kali tidak memungkiri janji....tinggal kepada kita untuk benar-benar merebut peluang yang Allah sediakan..
berlumba-lumbalah berbuat baik...berlumba-lumbalah memohon ampun kepada-Nya..
selepas beriman...bertaqwalah kepada-Nya dengan sebenar-benar taqwa..
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(28)
supaya di Mahsyar nanti diberi keampunan dan diberikan cahaya tatkala manusia lain teraba-raba dalam gelita dek dosa yang tidak diampunkan..
semoga al-hadid sentiasa membuatkan saya kuat dan tabah menjalani usia yang semakin berkurang ini...dengan izin-Nya jua..
rindu al-Hadid di sini..
ok...
** 21 Rejab 1432H
** esok pagi di opis ada kuliah jumaat bertajuk aman palestin...semoga ada sesuatu utk diambil iktibar.
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
betol la masuk je kedai buku tenang je...puas ati tgk byk buku....
ReplyDeletecik ct ni..sptutnyer komen ni kat post pesta buku tu...
ReplyDeletemcm xde kene mengena jer ngan post ni...
heee...heee..he....heee...heee..heee...