Carilah sahabat yang berakal. Kerana bertemankan orang yang bodoh akan membawa kesengsaraan, "Musuh yang bijak lebih baik daripada sahabat yang bodoh", demikian ungkapan hikmah yang benar maksudnya. Carilah sahabat yang membantu, bukan membuntu. Temuilah sahabat sejati yang sanggup menjadi pendengar dan mengerti ketika anda meluahkan perasaan dari lubuk hati yang paling dalam. Dia menyokong anda ketika tegak berjuang, menegur dengan hikmah dan lemah lembut sewaktu anda terkhilaf. Dia jugalah yang tidak menuding jari menyalahkan anda sewaktu tersungkur di telapak kegagalan. Dia adalah pendorong dan pemberi semangat bagi menyuburkan potensi diri anda. Bahkan yang sangat menakjubkan, dia akan meraikan kejayaan anda seperti kejayaan yang diraihnya dan berlutut simpati dan empati ketika kedukaan menakluki diri anda!
Tanyalah hati dan renungkanlah:
"Sudahkah aku memiliki ciri selayaknya untuk digelar sahabat sejati dan siapakah sahabat sejati yang sebenarnya bagi diriku pada hari ini?"
-anis julai 2o11-
************
apepun yang berlaku sahabat yang paling baik itu adalah buku....(^__^)
| aku dan buku nukilan Ustaz Hasrizal Jamil ... |
kerana buku adalah teman yang selalu mengubat sepi hati ini..
ok..
** sentiasa berusaha memperbaiki diri...agar mampu jadi sahabat sejati utk kalian dan diri ini..
** aku dan buku..seperti isi dan kuku..
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
Buku Buku Buku ! Mari kita ke pesta BUKU !!
ReplyDeletesambung nex week..!!
ReplyDelete