menari-nari hati ku girang petang itu
ada yang menyapa kala membuka pagar pintu
entah mengapa dengan hanya sebaris kata
hati ku ceria luar biasa
sungguh Tuhan itu Maha Bijaksana
menerbitkan gembira dengan hanya 2 kata
buatku ceria senyum berjela
bagai terkena panah cinta
sungguh Tuhan itu Maha Berkuasa
bila Dia berkata jadi, maka jadilah ia
maka hanya dengan 2 kata
hatiku berbunga ceria
senyum gembira melerai resah jiwa
terima kasih si kecil rumah sebelah sana
manis bicara walau tak kenal siapa
tersedar aku dalam jaga
hanya dengan 2 kata
dapat ceriakan sesiapa
terima kasih Tuhan
melalui si kecil itu Kau menegurku
terima kasih si kecil
atas ungkapan manis & mesra begitu
kala berjumpa sapalah selalu
walau hanya dengan 2 kata itu
Hai..! akak...
akan ku balas dengan senyum berjela
Hai...!
hanya itu yang mampu ku bicara
kerana teruja...
tatkala pulang dari kerja..
melodi jiwa ketika pulang kerja
8.50 pm
menanti Isyak berjema'ah
teringat si kecil rumah sebelah
di MSSAAS bersama *kamu*
ok..
** hari ni tidak mula dgn 2 kata (-_-) .. kecewa!
** Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka di bumi, nescaya yang dilangit akan mengasihani kamu" (riwayat Abu Daud & at-Tirmizi)
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
Hai Akak ! (berjela tak senyuman)
ReplyDelete^______________________________^ baru berjela sikit.
ReplyDelete^__^
ReplyDelete