banyak sangat kelebihan solat dhuha yang dibicarakan... walaupun agak pening siapa sbnrnya watak utama.. adakah pak Hamdal atau Ilham..?
walau apapun....banyak menyedarkan diri tentang betapa hebatnya solat dhuha jika dilakukan secara istiqamah dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata...
jom layan antara petikan2 dalam novel ini...
"Saya sentiasa membangunkan perasaan yakin ini dgn melaksanakan solat dhuha. Dengan membiasakan diri melaksanakan solat dhuha, fikiran menjadi jernih dan hati menjadi tenang. Seseorang yang mengerjakan sesuatu dengan fikiran yang jernih dan tenang akan dapat meraih hasil yang sebanyak mungkin. Rasulullah s.a.w berpesan - `sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha enam rakaat pada hari itu, seluruh keperluannya akan dicukupi oleh Allah.' Oleh itu, saya yakin jika seseorang yang melakukan solat dhuha, Allah akan memberikan rezeki kepadanya."
kata-kata pak Hamdal kepada Ilham..
"Jika kita sering mendirikan solat dhuha, sinar matahari akan bertukar menjadi sinar sjuk yang tersemat di dalam hati. Atau dalam kata lain, miskat. Dalam al-Quran miskat ialah sinar dalam hati seseorang yang menerangi seluruh jiwanya. Hati ibarat kubah masjid ataupun mangkuk yang terbalik, sedangkan miskat adalah sinar dalam hati. Jika setiap perbuatan kita berlandaskan hawa nafsu, mangkuk itu akan menjadi semakin kotor sehingga sinar tidak dapat meneranginya. Sebaliknya jika kita sering mengendalikan nafsu, mangkuk itu seperti kaca yang memantulkan sinar dalam hati kita."
kata pak Hamdal lagi...untuk mengendalikan nafsu adalah.....
"Dengan sering mendirikan solat dhuha. Pada waktu dhuha, nafsu sedang tidak stabil kerana panas sinar matahari sangat menggoda.Nafsu dapat dikendalikan dengan melaksanakan solat dhuha."
berkata pula Marhammah...
"saya teringat kata Nabi Muhammad s.a.w. , sesiapa membiasakan diri melakukan solat dhuha dua rakaat, diampuni dosa-dosanya sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan."
banyak lagi yang ingin dikongsikan sebenarnya...
tapi lagi best baca sendiri kan....??
selamat membaca...
ok..
** 3 rejab 1432...
** kumpul semangat...keje...keje.keje...banyak benda belum selesai...kutip blk semangat yang dah bersepah2 ni... semoga Allah permudahkan...
![]() |
| dan demi malam apabila telah sunyi (2) ad-dhuha gambar amik dr en. google.com |
~bersangka baik dgn Alllah stp masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^