"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Thursday, 16 June 2011

rindu al-waqiah

saya jatuh hati dengan suara Mishari Rashid al-`Afasy
 
rasa terbuai-buai bila dengar surah an-naba' yg *kamu* pasang hari tu..
 
sebelum tidur semalam dah pasang al-waqiah 2x.... suka sangat..subhanallah...Allah kurniakan kelebihan kepada beliau menyeru umat Islam dengan hanya memperdengarkan bacaannya...saya x tau apa orang lain rasa..tapi saya sangat terbuai dengan alunan ayat2 cinta Allah ini..
 
pagi ini...saya ulang lagi...dengar guna headphone...
 
al-Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka. Juga diceritakan tentang keberuntungan orang-orang yang masuk syurga dan juga kecelakaan bagi orang-orang yang masuk neraka. Dijelaskan bahawa pada hari kiamat nanti manusia akan terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
 
1. golongan yang segera melakukan kebaikan - golongan ini adalah para Nabi.
2. golongan kanan iaitu orang yang beriman - golongan orang yang soleh, para penjihad dan orang-orang yang sabar dan ikhlas melalui penderitaan dan kesukaran semata-mata untuk melalui jalan Allah.
3. golongan kiri iaitu orang yang mengingkari Tuhan - golongan yang mendustakan ayat al-Quran.
 
 
seperti yang dinyatakan dalam al-waqiah bahawa nikmat2 tersebut...
 
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;(38)
 
saya tanya pada diri setiap kali baca al-waqiah....layakkah saya jadi golongan kanan?
 
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,(39)
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.(40)
 
tergolongkah saya dalam orang-orang yang datang kemudian...?
 
saya x nak jadi puak kiri..
 
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?(41)
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42)
Serta naungan dari asap hitam,(43) Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan(44)
 
saya nak jadi macam ni....
 
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ", (88)
 
saya nak rehat di sana....
 
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.(89)
 
lagi sekali..saya nak jadi puak kanan...
 
Dan jika ia dari puak kanan,(90) Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan". (91)
 
ya Allah bantu aku..
kalian semua bantu saya...
kita sama2 ke sana yer..
 
ok..
 
** 14 Rejab 1432
** bulan israk mikraj..jom sama2 menghayati peristiwa kekasih Allah naik ke langit..
 
Mishari Rashid al-`Afasy
gambar amik di sini
~bersangka baik dgn Allah stp masa~

2 comments:

  1. Padan le terbuai2 je smlm.

    ReplyDelete
  2. indahnya terbuai2 dgn ayat2 cinta-Nya...
    damainya berkhayal mengecapi syurga cinta-Nya..

    berusaha utk menggapai cinta agung-Nya..

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^