Kerana sayangkan abah
Kerana sayangkan abah,
Seiring azan bergema..
Lekas ana sujud pada-Nya..
Bermohon untuk abah, bermohon untuk mama.
Seiring azan bergema..
Lekas ana sujud pada-Nya..
Bermohon untuk abah, bermohon untuk mama.
Kerana sayangkan abah,
Ana labuhkan tudung ana..
Supaya tiada pandangan lelaki ajnabi akan melirik..
Mencuri pandang perhiasan yang Allah berikan pada ana.
Ana labuhkan tudung ana..
Supaya tiada pandangan lelaki ajnabi akan melirik..
Mencuri pandang perhiasan yang Allah berikan pada ana.
Kerana sayangkan abah,
Ana tinggalkan jeans ketat..
Ana campakkan tshirt sendat..
Lalu ana pilih pakaian yang mengikut syariat.
Ana tinggalkan jeans ketat..
Ana campakkan tshirt sendat..
Lalu ana pilih pakaian yang mengikut syariat.
Kerana sayangkan abah,
Ana jadikan malu sebagai perisai..
Ana selimutkan diri dengan iman..
Ana pelihara maruah agar maruah abah terpelihara.
Ana jadikan malu sebagai perisai..
Ana selimutkan diri dengan iman..
Ana pelihara maruah agar maruah abah terpelihara.
Kerana sayangkan abah,
Ana ingin menjadi seorang muslimah..
Ana mengimpikan peribadi yang solehah..
Ana berusaha mencari keredhaan Allah.
Ana ingin menjadi seorang muslimah..
Ana mengimpikan peribadi yang solehah..
Ana berusaha mencari keredhaan Allah.
Kerana sayangkan abah,
Ana lakukan semua ini..
Ana mahu abah jadi suami dan ayah yang amanah..
Ana tidak mahu kerana ana abah dipersoalkan di akhirat sana.
Ana lakukan semua ini..
Ana mahu abah jadi suami dan ayah yang amanah..
Ana tidak mahu kerana ana abah dipersoalkan di akhirat sana.
sumber : iLuvislam.com
ya...
kerana saya sayangkan ayahanda
kerana saya sayangkan bonda
saya tak nak kerana saya mereka berdosa
terima kasih kepada penulis
ia juga kata hati saya
(-__-)
(-__-)
ok..
** "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." 'Ibrāhīm : 41
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
Taknak menuntut hak kita disana juga.
ReplyDeleteoleh itu..maafkan semua..redhakanlah segala..
ReplyDeletebiar di mahsyar nanti hanya antara kita dan DIA.
manusia lain pun begitu juga...