Mengenang entry lepas, rasa nak gelak guling-guling. *tak sopannye*
Benarlah....
“Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan seseorang itu tertawa dan menyebabkan seseorang itu menangis.”
53:43
....
Tatkala membuat pemeriksaan di
klinik ahad lalu dan telah di diagnosis ketidaksihatan ini. Dengan tidak
teragak-agak doctor berkata... “saya bagi awak cuti seminggu!”
"lepas lima hari, datang balik ye. dokter nak cek."
Saya antara percaya dan tidak
antara suka atau tidak tak tahu tak tafsirkan riak muka macamana. Yang saya
duga sebelum ke klinik adalah 2 hari saja untuk permulaan, kemudian pergi
semula jika tidak baik dan akan dapat MC lagi. Tapi tidak......
Balik dari klinik, terus inform
opismet dalam grup wassap kami dengan harapan mendapat doa dari mereka agar saya
cepat sembuh dan program hujung minggu ini dapat dijalankan dengan gembira. InsyaAllah.
Namun, Allah pasti saja mempunyai
rancangan berbeza. Sehingga kini kesan-kesan di badan masih belum kering dan
masih bernanah. Kadangkala ketika menyapu ubat di sekitar tubuh, ada rasa ngeri
untuk melihatnya. Ngeri melihat diri sendiri.
Alhamdulillah. Segala rasa sengal, nyeri dan sakit sudah
kurang dan hampir tiada seperti pada awal minggu hari itu. Tinggal kadang sakit
kepala menyerang tanpa kasihan sehingga tiada daya untuk melawan.
Alhamdulillah.
Hari ini, khamis. Sepertinya rancangan
hujung minggu ini tidak dapat saya sertai dengan keadaan kesihatan begini. Ada keluhan
di hati ada kesedihan tersembunyi.
Collection Office – Tioman
Distribution Office –Langkawi
Corporate Services Office –
Kelantan
Human Resource Office –
Terengganu
IT Office - Pangkor
CEO Office – Langkawi
We – Penang
Telah di lakarkan pelan
perjalanan dan percutian ke Penang kali ini di atas kertas agar ianya nampak jelas. Niat bergerak awal ingin ziarah si dia di
sini, di situ dan di sana. Berjumpa dan berkumpul dengan ofismet di hotel yang
telah ditetapkan. Beraktiviti bersama mereka dan keluarga kemudian pada hari
terakhir ingin pergi ke sana ke sini dan ke situ untuk mengabdikan memori. Sudah
terbayang-bayang meriahnya bermain dengan anak-anak membina istana pasir,
bermain air di pantai bergambar di bawah pohon nyiur juga tatkala matahari
terbenam. Subhanallah.
Allah.
Kita merancang dan Allah
sebaik-baik perangcang.
Boleh saja nak redah je pergi,
namun saya khuatir kerana ianya mudah berjangkit. Memandangkan ada 9 orang
anak-anak berusia 0-7 tahun, ia risiko yang besar untuk saya menghampiri mereka
pada masa ini. Jika ikut hati tegar ingin ku gagahkan jua, namun memikirkan
risiko jangkitan, keinginan percutian terpaksa dipatahkan.
Allah.
Melihat segala persiapan,
barang-barang yang ingin dipulangkan, tentatif perjalanan, rancangan dan
impian-impian yang telah di awan-awankan, saya sayu sendiri. Mengenangkan juga segala puisi yang ingin saya tintakan ketika ke utara atau di utara nanti. Namun, Allah pasti lebih tahu kan..? ^^
Mudahan ada ganti yang lebih baik. InsyaAllah.
...................
30 Oktober 2013 – Imtihan Shafawi
, MSSAAS
3 – 5 November 2013 – Department
Retreat, Penang
6 November 2013 – Imtihan Tahriri,
MSSAAS
imbas kembali
29 Oktober 2013
“kakak untung, dah besar macam ni mak ada lagi. Mak dulu, tade sape nak tolong. Kawan-kawan serumah kerja. Jiran tadenye...”
“................”
...............
11 Oktober 2013
“nasib baik akak tak kawen lagi”
“..............”
“ye la, kalau akak dah kawen sapa nak jaga saya?”
“ -_- ”
“tapi nanti kalau akak sakit, sapa nak jaga? saya tak de”
“ -_- ”
...............
September 2013. Beberapa hari selepas beliau sembuh dari sakit mata.
“Kenapa Abang Mir tak datang je opis?”
“Ish..habis semua orang..”
“tape la...boleh kitorang bergilir cuti seminggu..”
“oh no....hahaha”
...............
14 Ogos 2013
“Akak tak boleh demam tau!”
“kenapa pulak?”
“akak orang penting, mana boleh
sakit..”
“laaaaaaaa..."
"........."
"tu la dah lama tak
demam ni.... hehe..sihat .. InsyaAllah. Lagipun ramai lagi orang yang lebih
penting”
...............
...............
Mei 2013. Selepas Imtihan Tahriri
Tajwid semester 1
“Kak, tak cukup cuti setengah
hari nak study ni. Sem depan cuti seminggu la study...”
“Ko? Silakan...”
...............
4 Mac 2013
Kata-kata spontan itu pun kalau Allah nak izinkan terjadi tak mustahil.
Awas dengan setiap bait katamu.
Ia juga doa tanpa kau tahu.
@anakwakusop
Semoga Allah ampunkan dosa saya.
Semoga Allah permudahkan segala
urusan mereka.
Dah nak habis 1434.
Azam dah Allah izinkan? dah cukup diusahakan?
~bersangka baik dengan Allah
setiap masa~
take care kak nurul :) mungkin akak terlalu sibuk sampaikan takde masa utk rest... InsyaAllah ada hikmah di sebalik semuanya. Ada rezeki boleh berjumpa lagi.
ReplyDelete