"Kita datang sini bukan saja-saja. Kita naik bukit, jungle trekking hari tu pun bukan saja-saja. Semua tu kita kena fikir, Kita datang sini sebab Allah pilih. Kenapa kita daki bukit? Kenapa kena gigit pacat? Kenapa ada pacat? Kenapa pokok tu macam ni? Kenapa sungai tu deras? Semua tu Allah nak bagi kita fikir. Fikir tentang ciptaan Dia. Bukan saja-saja"
Nafas di hela. Perkongsiannya semakin bersemangat. Saya pula yang tidak senang duduk kerana tak sabar untuk yang seterusnya.
"Masa hari pertama, kita main treasure hunt. Kenapa kita main treasure hunt? Kita main-main saja ke? Nak tengok sapa menang sapa kalah. Macam tu je? Tak. Kita main treasure hunt tu seolah-olah kita nak kejar pahala. Kita memburu pahala. Kita ni hidup kena, mesti buru pahala. Kita hunt pahala tu. Macam kita main treasure hunt. Terfikir tak?"
Semangat!
"Masa ice breaking pulak, kita kenal kawan-kawan kita. Kita tahu dia punya kekuatan dan kelemahan. Dari ice-breaking tu kita kenal diri secara tak langsung kita kenal Allah. Kita tahu kekuatan dan kelemahan kawan-kawan kita. Semua tu kan datangnya dari Allah."
Terpegun.
"Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jadi, ubah fikiran kita kepada yang baik-baik jer. Dalam bekerja, kita kena buat sungguh-sungguh. Beribadah pun sama. Beribadahlah seolah-olah kamu hendak mati esok dan bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi."
Rasa nak nangis. Ini serius. Saya tak main-main. Entah kenapa value sharing Kak Naj semasa hari terakhir kami di Sungkai membuat saya kehilangan kata-kata. Subhanallah. Allahuakbar.
Banyak lagi perkongsian sebenarnya. Tapi yang ini paling berkesan di hati. ^^
Mengembara ke Sungkai.
tigahariduamalam
Alhamdulillah.
^___^
![]() |
| semua merasa kena gigit pacat masa jungle trekking >.< |
![]() |
| berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian ^^v |
![]() |
| my team! the hottest department [sepatutnya saya kena pinjam kasut liana baru sama tinggi] |
![]() |
| love this picture so much thanks MNA for the best shoot |
![]() |
| leadership test hoho |
![]() |
| erm?? |
![]() |
| listening Kak Naj |
![]() |
| Abang Long Muhammad Nazheef |
![]() |
| Adik Muhammad Naqeeb |
Ya, mereka tidak seperti ikhwah/akhawat di luar sana. Namun, ada sinar-sinar hidayahnya yang telah menyapa.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
3:8
Apa yang paling membahagiakan adalah kami dapat solat berjemaah bersama. Alhamdulillah.
| Cik Pengetua ^^ |
Hadith Logam
“Manusia seperti logam; terpilihnya semasa jahilliyan; terpilihnya semasa islam; jika mereka ‘faham’.”
[HR Bukhari] - Drpd Abu Hurairah r.a.
[HR Bukhari] - Drpd Abu Hurairah r.a.
Ya. Apa yang terdetik di hati saya tatkala program ini berakhir, boleh jadi ada diantara mereka akan jadi lebih hebat dan mulia setelah hidayah menyapa.
InsyaAllah.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
49:13
Alhamdulillah. Allhamdulillah. Alhamdulillah.
Ini trip kedua selepas ini. Walau warga department silih berganti, kita mesti bersatu hati!
Trip ini bukan saja-saja. Ia memang salah satu tugasan sebenarnya.
He..he...he...
Alhamdulillah.
Terima kasih banyak-banyak semua.
Oh yer.. He..he..he.. Ada yang menitiskan air mata semasa menonton video yang saya buat tentang aktiviti department sepanjang 2012. Hmmm...
Tarik nafas.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~









great! Subhanallah..
ReplyDelete