"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 31 December 2012

BROGA : usaha, ujian dan syurga

"Jap."

Nafas dihela. Laju. Mengah benar rasanya. Allah. Allah. Allah. Permudahkanlah.

"Ok. Jom. Bismillah. Huu."

Entah kali ke berapa berhenti di pertengahan. Pada hal baru je mendaki beberapa hari lepas di Sungkai. Kurang stamina sungguh. Allah.

Sampai satu tahap, memang dah tak larat sangat. Keadaan perut yang minta dilayan pepagi ni pun satu hal. Huuu.. Nak pitam sungguh. Peluh sejuk dah keluar. Lama lagi ke. Allah. Allah. Allah.

Jam menghampiri 6.00 pagi. Sudah Subuh. Tak larat. Aduh. Mungkin juga sebab tidak makan malam sebelumnya dan sebelum mendaki tadi pun hanya 4 keping biskut menjadi hidangan.

Ketika mendaki di tempat yang curam dan berbatu-batu. Terduduk ku terkaku. Mahu putus asa. Sungguh. Aku rasa mahu turun saja. Sungguh. Entah mengapa. Dimana kekuatan mendaki Gunung Jerai dulu. Dimana? Kecewa dengan diri. Sungguh. Aku kecewa.

Tatkala putus asa ini, hadir satu suara. Tidak ku tahu dari mana.

"Baru naik Broga sikit dah putus asa. Tak larat bagai. Kau ingat nak masuk syurga tu jalannya tenang? Lagi berliku dari Broga. Ujian di bawah itu lagi hebat dan dahsyat. Kau panjat Broga sikit dah tak larat. Macam mana nak tempuh ujian yang menyengat? Ingat syurga boleh dapat?"

Allah! Suara itu seakan mengejek ku. Ya Allah!. Ia, suara itu mengejek ku.

Ku teguk air sedikit. Ku bangkit.

Jom!! Kali ini semangatku terbakar. Ceritera al-Fateh berlegar-legar. Mereka membawa kapal merentas daratan dan bukit. Sedang aku? Hanya beg yang isinya sangat sedikit. Apa ni? Allah. Allah. Empanganku pecah. Allah. Baru sedikit aku sudah mengalah. Allah. Baru sedikit aku ingin berpaling. Baru sedikit. Rapuh sangat hati ku dengan ujian Mu. Bukan saja di Broga ini malah ujian yang lain juga. Allah. Langkah ku gagahkan. Aku ingin solat. Aku ingin solat. Beri aku rehat dengan solat. Teringat sabda Rasulullah kepada Bilal. "Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat." Ya. Baru saat ini aku dapat merasa solat itu suatu kerehatan. Ya. Aku tidak menipu. Benar-benar merasa lelahnya. Jadi aku perlu solat untuk berehat. Allah.

dari puncak satu

di mana-mana saja


selepas solat subuh berjemaah di puncak satu


subhanallah

matahari kekallah menemani

tak berdaya untuk puncak tiga
mampu snap gambar je.

nama adik ni Zulkarnain
comey je ikut abi naik Broga
^^

versi lain di sini

Ada rancangan lain untuk mendaki Broga pada hujung tahun ini. Namun pada 15.12.2012 tidak dirancang sama sekali. Malahan pula rancangan asal seperti tidak jadi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah lebih tahu.

** baru pulang dari Sungkai khamis sebelumnya. Masih berduka dengan kehilangannya. Broga! Mengajarku untuk teruskan usaha walau ranjau apa pun yang tiba. **

**ada impian untuk mendaki Gunung Kinabalu pula suatu hari nanti. InsyaAllah**

**Broga Jom!! ^__^**

ALHAMDULILLAH

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

1 comment:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^