Pujian itu membunuhku.
Sungguh.
Katalah apa saja.
Biarlah kata-kata itu membuatku berembesan air mata.
Biarkan.
Kerna dari situ aku tahu silapku.
Dimana dan apa.
Hentikan.
Cukup kata manismu.
Bahagia itu sekejap cuma.
Selepas itu gundah gulana.
Tegur aku.
Betulkan aku.
Aku tidak betah duduk di awangan.
Pimpin aku.
Sedarkan aku.
Ya Allah.
Ampunkan aku atas dosa yang mereka tidak tahu.
Mereka tidak tahu.
Aku terbelenggu.
Ya kerna Kau Maha Penyayang.
Menutup aibku agar mereka senang.
Hentikan.
Aku lebih memerlukan doa kalian.
Kerna ia memberikanku kekuatan.
melodi jiwa
sisi gelap
05 safar 1434H
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
Hentikan.
Aku lebih memerlukan doa kalian.
Kerna ia memberikanku kekuatan.
melodi jiwa
sisi gelap
05 safar 1434H
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
Hai madah ceria!
ReplyDelete