Selasa. 22 Oktober 2013.
Niat asal bercuti hari ini adalah untuk memenuhi temujanji di sebuah klinik kerajaan bersama seseorang. Namun, atas sebab tertentu tak jadi la nak pergi klinik hari ni. Makanya, cuti diteruskan. Ngeeeeee ngeeeeee.
Mengemas bilik dan membersihkan rumah juga laman. Sambil ditemani Mimi yang melihat dan bermain pasir-pasir dilaman rumah sebelah ala-ala diva. Konon berjemur tepi pantai ke Mimi. Aishhh. Debu-debu dan juga barang-barang yang tidak perlu telah dibuang. Beberapa barang yang perlu diserahkan kepada tuannya pada permusafiran nanti disusun sebaiknya dan diasingkan.
Owh ye. Sebelum memanjakan belacu yang telah seminggu lebih melayan rajuk, Mimi dilayan dahulu. First time mandikan Mimi sendiri! Memang kene belajar lagi ni. Bising betul Mimi dalam bathroom tadi. Mimi Mimi... Ngeeeeee ngeeeeee.
![]() |
| Mimi fefeling diva lettew.. |
Bawa belacu perlahan-lahan ke petronas berdekatan. Bagi angin sikit depan belakang. Belacu ni sejak saya ada Nur Ramadhan, kuat benar merajuknya. Hehehehe.. Bukan Mimi je mandi, belacu pun mandi sekali. Hantar car wash je la ye.. Siap polish lagi tayar depan belakang. Tamau merajuk dah ok!
Balik bayt al-falah, park belacu sopan-sopan. Bawa Nur Ramadhan pula ke car wash tadi. Sejak dapat Nur Ramadhan, sekali je die mandi sungguh-sungguh. Itu pun ayahanda yang mandikan. Hihihi. Alhamdulillah. Jadinya ini kali kedua Nur Ramadhan mandi sungguh-sungguh. Siap main air sabun ala-ala salji lagi tau. Menunggu Nur Ramadhan di'spa' novel Zahra de Tigris menjadi santapan. Ketika menunggu Nur Ramadhan ni la, saya di sapa oleh seorang pak cik yang juga sedang menunggu Mitsubishi Lancer nye dimandikan.
"Belajar lagi ke dik?"
"Tak..dah keje." ^^
"Owh, ingat belajar lagi. Tadi saya ingat yang duduk sini tadi bekerja rupanya belajar lagi. Terbalik pula." (sambil merujuk kepada dua beranak yang berborak dengannya tadi)
*senyum*
"Kerja mana?"
"L######"
"Owh...bagus bagus. Dah kahwin?"
"Belum." ^^
"Dah ada boyfriend?"
"Belum." ^^
??? "Saya ada seorang anak teruna belum kahwin lagi.
Boleh lah kalau nak kenal. Ambil nombor telefon dia ye.."
"Eh..tak pe la pak cik. Tak pe."
"Apa salahnya perempuan mengurat lelaki. Khadijah pun meminang Nabi kan.."
*sengeh*
"Orang perempuan ni kadang memilih. Jangan memilih sangat. Jangan kahwin lambat-lambat."
*sengeh*
"Bila kahwin, kene cepat dapat anak. Worst case scenario, bercerai.
Samada cerai hidup atau cerai mati, at least ada anak."
*angguk* "Pewaris."
"Ni tade la kalau orang datang rumah, kata ada anak. Sekali datang... "ni la anak-anak I" rupanya 10-20 ekor kucing. Haiiila..."
*sengeh*
"Ni ambil la nombor anak pak cik ni.. Kalau kamu tak nak kacau die, bagi la kat kawan-kawan yang nak. Dia pun memang suruh pak cik carikan. Nama dia ###. Keje sebagai #####. Pak cik izinkan kamu bagi nombor dia ni kat kawan-kawan. Tapi jangan cakap pulak pak cik yang bagi ye."
*sengeh* "Ok pak cik. Terima kasih."
Mitsubishi Lancer dah siap.
"Ok la.. Nama siapa ye..?"
"N. N.A."
"Pak cik balik dulu ye N."
"Ya". *sengeh*
Perghhhh. Perghhhh. Perghhhh. Pak cik tu melamar jadi menantu dia ke apa? Rasa nak gelak guling-guling or lari masuk parit sebelah ni. Jujur benar lagi tulus mulus pak cik ni nak carikan isteri untuk anak teruna dia. Subhanallah. Tu la kasih sayang seorang ayah. Macamana pun parent kita, semua tu untuk kebaikan kita. Alahai pak cik. Semoga anak pak cik bertemu dengan seseorang pilihan Allah untuknya. Ameennn..
Jadi, ada sesiapa nak tolong carikan abang ipar atau calon suami kepada sesiapa? Boleh mintak nombor telefon anak pak cik tadi kat saya ye. Hehe.
Teringat entry ini.
Sepanjang pak cik tersebut bersembang ngan dua beranak di sebelahnya, secara jujur, hehehe..saya tercuri dengar. Tak fokus baca novel. Macam-macam pak cik tu cerita pasal tips dan kisah rumahtangga. Sementelah pula, dua beranak tadi, anaknya baru sahaja bertunang dan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 29 Disember ni. See? Sampai tarikh kahwin pun tau. Nak buat kat Intekma Shah Alam. Memang taleh fokus baca novel tadi. Hihi.. So, memang dengar la sikit-sikit apa yang pak cik tu cerita termasuklah kisah anak teruna dia tu. Memang bersungguh pak cik tu.
Seorang ayah juga seorang ibu, tidak pernah mengharapkan yang buruk untuk anaknya. Semuanya nak yang terbaik. Kasih sayang ibu dan ayah itu sudah cukup besar dan mengujakan. Apatah lagi kasih sayang Allah kan?
Mari sebut Subhanallah sama-sama.
Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.
Sedarkah kita akan kasih sayang Allah ini?
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^