"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Wednesday, 16 October 2013

2 tahun 9 bulan 11 hari



Awal.
31 Disember 2010. 2230. PuzzleHouse.

“Nama saya Nadiah..”
“Umur?”
“21”
“Panggil Kak Nurul” ^^


Scroll time line FB sepanjang 2011... Allah.. banyak benar yang kamu post di dinding FB. Hatta nak ajak lunch pun post kat situ.. aish...aish...aish... Tentatif program kita seharian. Nak ajak pergi blue building.. huuuuuu...banyak ... banyak ....




“kalau saya masuk neraka, akak tarik saya tak?”
“......”
“kak!”
“kita masuk syurga sama-sama! InsyaAllah..”





“kenapa akak nak pergi Jordan?”
“impian zaman kanak-kanak..semoga Allah izinkan untuk sambung study sana..”
“.......”
“kalau tak pun tunggu bakal zauj jemput la..pas tu tinggal sana..haha..yang ni berangan je lebih..”
“saya pun nak pergi la..tapi SPM tak amik Arab..”
“ala....boleh je...”
“nati try tanya Iffah macamane nak pergi..”
“ok..jom..”


.....


“weh...hg nak blk kampung jom la aku hantar naik kete ke 17..”
“eh..tak pe la..aku nak susahkan Kak Nurul je..hehe...”



tiada lagi kejutan tahajjud atau subuh jika aku terlajak tidur
tiada lagi mesej minta bertemu selepas habis kerja
tiada lagi buzz gtalk waktu kerja seperti selalu
tiada lagi kedengaran bacaan al-Mulk atau al-Waqiah sebelum tidur
tiada lagi pembonceng si putih ku Belacu
tiada lagi sms kiriman roti jala setiap jumaat atau selasa
tiada lagi panggilan bertanyakan butir pembayar zakat
tiada lagi nota-nota pelbagai warna dengan tulisan komputer yang diselitkan di celah katil, ma'thurat ataupun mushaf tercinta
tiada lagi ajakan sarapan ke Mawaddah seperti selalu
tiada lagi yang akan memanjakan Mimi ketika pulang kerja atau seawal pagi
dan pasti tiada lagi yang akan mendengar aku membebel-bebel tentang itu ini...
tiada...
kali ini jauh..benar jauh..
semoga tetap mekar dalam doa


tiada lagi kiriman nota-nota ini
terima kasih turut sama meraikan cinta


“kak....nak kawen...”
“kawen la Nad....”
“akak tanak kawen ke...?”
“mestila nak..”
“kak...nak kawen...”
“iye...iye...cakap sape laki tu meh akak tolong pinangkan...ish!”



adakah Cik Nini tu saya...saya rasa la..
*perasan*
Allah lebih tahu..kamu dulu yang melangkah ke status itu.


atas segala cerita dan angan yang kita kongsi bersama 
atas segala buku dan novel yang kita baca 
atas segala tawa dan tangis yang kita rai entah bila 
atas segala senda dan kata yang mengguris jiwa 
atas segala cemburu dan prasangka 
atas segala sunyi dan hilai yang melakar suasana 
atas segala kesetiaan yang dihulur ke sini sana 
atas segala teguran dan tingkah yang memenuhi ruang masa 
atas segala salam dan pelukan yang merungkai segala rasa 
atas segala rahsia yang diketahui hanya kita kita 
atas segala ujian yang aku turut lihat bersama


terima kasih untuk segala gambar yang telah diedit ini

terima kasih untuk segala post di dinding FB
terima kasih untuk segala kiriman mesej
terima kasih untuk segala hadiah
terima kasih menjadi teman musafir bersama belacu, bas, LRT, monorel ataupun teksi
lepas ni belacu tiada lagi teman berwarna merah di sisi
sendiri...
saya ok je...


terima kasih.

^__^

banyak sangat nak share..tapi tak pe la...
boleh scroll TL FB or selak ke belakang segala isi blog ini..

Semoga Allah redha..

Jaga diri. Makan. Walau sikit, tapi teruskan makan. Kene kuat. Ingat apapun Allah uji, semua tu peluang kita untuk raih pahala. Apa pun. Yang sakit, yang pedih, yang perit. Allah nak bagi pahala. Istighfar banyak-banyak. Zikir. Jangan marah-marah. ^^

Sampai hari Isnin semalam je akak tolong jaga. 
Semoga Allah permudahkan semua urusan
Terima kasih sudi menginap di mahligai ayahbonda. 
Terima kasih atas peluang dan pengalaman yang Allah izinkan kita kongsi bersama. 
Terima kasih.


Sehingga berjumpa lagi.




Mesti Mimi rindu Nad.



^_^


Cik Ct dulu selalu ingatkan saya macam ni.... 
"apa yang kita nak, kadang kita tak dapat ataupun Allah belum izin nak bagi. Tapi Allah bagi melalui orang yang hampir dengan kita, Allah bagi pada orang yang kita sayang. Walaupun kita tak dapat, tapi kita rasa. Tak banyak pun, kita dapat rasa sikit nikmatnya, sakitnya..." 




31.12.2010 - 12.10.2013
2 tahun 9 bulan 11 hari


Akhir.
14 Oktober 2013. 0745. Mahligai Ayahbonda

“Nanti, jangan rindu saya tau!”
“Takkk...tak rindu la.. buat pe nak rindu Nad.”


~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

  1. subhanallah. indahnya ukhwah kak nurul dgn kak nad. baca entry ni dayah rasa nk menitiskan air mata kegembiraan bila melihat perjalanan ukwah akak-akak saya :') jeles jeles.

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^