Bismillahirrahmanirrahim.
(amaran: entry ini memang panjang. saja mencoretkan walau panjang untuk peringatan kepada diri sendiri juga kenang-kenangan kepada anak cucu nanti...insyaAllah. terima kasih bagi yang sudi membaca setiap patah kata dan terima kasih juga bagi yang singgah lalu sekelip mata.. semoga Allah permudahkan urusan kalian semua...)
(amaran: entry ini memang panjang. saja mencoretkan walau panjang untuk peringatan kepada diri sendiri juga kenang-kenangan kepada anak cucu nanti...insyaAllah. terima kasih bagi yang sudi membaca setiap patah kata dan terima kasih juga bagi yang singgah lalu sekelip mata.. semoga Allah permudahkan urusan kalian semua...)
29-31 Mei 2013.
Ketika mana hati dihujani dengan
pelbagai persoalan kehidupan, jemputan untuk menghadiri satu kursus di Janda
Baik seperti sebuah teguran dari Tuhan. Melihat tajuk email, bagai sudah di
duga berkenaan apa. Allah. Allah. Kala hati tidak keruan, Engkau hadirkan
sebuah jemputan agar aku sentiasa memikirkan untuk apa hidup ini perlu
diteruskan. Allah. Minggu itu agak melelahkan. Dua hari sebelumnya berulang-alik
Shah Alam – KL menaiki bas dan monorel untuk ke sebuah kursus. Pulang dari kursus
pada hari selasa perlu packing baju untuk program tiga hari di Janda Baik pula.
Kelelahan itu sangat terasa. Allah sedang ingin memberi kekuatan sabar sebenarnya. Kuat!
| selepas dua tahun kembali |
Selama hampir 4 tahun berkhidmat
di institusi ini, di dalam program ini saya benar-benar merasakan terlalu
banyak tugasan belum dilaksanakan sebagai seorang pekerja merangkap khalifah di muka bumi. Di sini, selain kami
menjalankan beberapa sesi latihan, brainstorming dan yang seumpama dengannya,
perbincangan juga menyentuh tentang perihal pembangunan ruhani dan akidah
rakan-rakan sekerja yang lain. Allah.
| untuk ini |
Siapakah yang menyebut nama ku
agar turut serta di sini?
Ada rasa segan malah tidak layak berkumpul dengan mereka semua. Allah.
![]() |
| antara pengisian selama tiga hari |
Pengisian dari Dato’ Dr.
Siddiq Fadzil yang sempat dikongsikan di laman kenari biru tempoh hari:
"Naqib naqibah bkn guru.
Mereka cuma ketua kumpulan belajar bersama. Saling mengisi, saling berkongsi.
Bukan mengajar. "
"sama-sama nak islah
nafs."
"sama-sama komited untuk
perbaiki diri"
"kekuatan dalam istilah
tarbiyyah ialah kasih sayang"
"berbesan sesama ahli
usrah" ß ni kes bila kepercayaan tu nak
ditambahkan lagi dengan mengeratkan hubungan....kikiki.. insyaAllah. *aim
usrahmates*
"usrah - satu cara utk
re-educate ourselves.. "
"usrah bkn setakat study
circle, namun satu kumpulan utk membentuk gerakan dakwah"
"Biar rimas peluh di muka,
Kain basah jangan tersingkap." Maksudnya à
Kain basah itu umpama menutup malu. Apapun terjadi 'kain basah' itu perlu ada.
“iktibar dari kisah Hassan
al-Banna”
"setiap individu mencari
kekuatan rohani dgn cara pelbagai. Mungkin dia baca mathurat sughro je, namun
mungkin dia bc aQ lebih."
"setiap individu mencari
kekuatan rohani dgn cara berbeza"
"mungkin dia lebih seronok
dan menghayati bacaan aQ utk meningkatkan kekuatan rohaninya, mungkin dgn
byknya solat sunat dia rasa lebih kuat"
"isteri juga terlibat dlm
proses kesederhanaan - ianya juga proses tarbiyyah"
"jadikan sunnah Nabi sebagai
benchmark dlm hidup."
"makanan sedap tak
semestinya mahal!" ß
masak je pape kalau nak wat usrah kat rumah.. Hehehe...
**Dato' Dr. Siddiq Fadzil ialah Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
![]() |
| jamuan makan malam pada malam terakhir surprise! ya...kek hari lahir ketiga untuk tahun ini. Alhamdulillah. <3 |
Pada hari ketiga, sebelum pulang ada sesi luahan dari ajk yang juga rakan sekerja. Luahan dari hati mereka. Luahan betapa mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk mengenali Tuhan dan mencintaiNya. Allah. Betapa kami yang tahu ini lalai kan?
"Luahan.
Masih ramai yang perlu bimbingan untuk mengenal DIA.
Kita yang tahu, apa yang telah kita lakukan...???
Allah."
*twitter*
*twitter*
Alhamdulillah atas permusafiran
tiga hari ini. Benarlah kata-kata ini :
"Travel often, getting lost will
help you find yourself." - Rachel Beresh.
Berjalan melihat keindahan dan
kebesaran Tuhan itu dapat membantu untuk meredakan ketidakselesaan di dalam
hati. Seperti mana Allah menghadiahkan Rasulullah dengan perjalanan Israk
Mikraj bagi mengubati kesedihan baginda. Begitu lah diri ini jua. Kala tidak
selesa, berjalan lebih jauh dari biasa itu bisa membantu mengurangkan segala
pilu dan sedih hati.
Di sini juga satu keputusan telah dicapai, berbekalkan
istikharah dan musyawarah juga petunjuk yang diperolehi. Alhamdulillah. Terima
kasih Allah. Tiada lagi kebelengguan itu. Lukisan itu? Erm..kita simpan dahulu.
Mungkin belum masanya lagi ia menjelma.
![]() |
| "stricly reserved" suka sangat gambar ni. *tak malu sebab suka gambar sendiri* masih menunggu pembuka kaca ^^ |
Tidak berhenti setakat di Janda Baik sahaja, ia disusuli dengan :
16 Julai 2013
Program Nuqaba’ bersama Islamic Relief Malaysia yang dikendalikan oleh En. Zairil pada 7 Ramadhan 1434. Berikut merupakan beberapa gambar dan pengisian yang sempat di'snap' dan dimuatnaik ke instagram tempoh hari :
Alhamdulillah. Pengisian sebelum iftar.
26 September dan 3 Oktober 2013
Program terakhir sebelum pelancaran Circle ini secara besar-besaran. Dikendalikan oleh Mantop Training and Consultancy. Diselia oleh Ustaz Zamri Mari Mengaji. Alhamdulillah.
"ramai yang tanya kenapa dia yg dipilih, dan ramai juga yg call kate nak tarik diri. Saya nak tanye, siapa yang gerakkan hati mereka nak naikkan nama kalian? ""Allah"
"Maka, siapa yang memilih kalian sebenar-benarnya?""Allah.""Ya. Allah. Allah yang memilih kalian. Kalian dipilih oleh Allah."*sepi*"Lepas ni jangan tanya dah kenapa dipilih. Nak tarik diri bagai. Allah pilih sebab nak bantu kalian perbaiki diri dan ajak orang lain."*sepi*Allah.:”|Istighfar.
*tumblr*
"Ustazah, macamana kita nak yakinkan diorang yg ganjaran Allah tu lagi besar berbanding dgn nikmat-nikmat dunia ni?""Bila awak cerita ngan diorang bab akidah tu, awak kene tekankan betul-betul..masa tu la..insyaAllah..module-module seterusnya diorang akan faham.."*angguk*………………"ustazah, saya rasa saya tau kenapa susah nak yakinkan diorang..sebab…..""sebab awak sendiri pun kurang yakin kan? Kurang yakin dgn janji Allah.""………".aura.istighfar
*tumblr*
Masih ada rasa ingin menarik diri dari ini semua, namun Allah telah memilih. Ini peluang untuk perbaiki diri. Semoga Allah permudahkan.
5 Oktober 2013
Majlis Pelancaran.
Masuk saja ke dewan untuk pendaftaran, saya sudah rasa cuak. Melihat ramainya rakan-rakan sekerja terutamanya yang lebih senior membuatkan jantung dan limpa bertambah bergelora. Kak Nor, saya mencari Kak Nor. Mohon kata-kata agar kekuatan itu dapat meresapi segala rongga.
Sesi pagi dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit pendahuluan dari GM HR. Beliau menceritakan bagaimana Circle ini bermula di sini di institusi ini. Idea dari seorang GM yang ingin melihat institusi ini bergerak dan digerakkan oleh mereka yang benar-benar mengenali Allah dan berlandaskan alQuran dan asSunnah. Bahawasanya, perjalanan hidup kita bukanlah hanya di dunia. Jadi dengan segala kudrat yang ada beliau dan GM HR bertungkus lumus meyakinkan CEO dan semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk mengadakan circle ini. Alhamdulillah. Setelah beberapa siri pertemuan sebelum ini, maka circle ini berjaya dilancarkan pada hari terakhir Zulkaedah 1434. Alhamdulillah. Mohon untuk pembaca menyedekahkan al-Fatihah kepada GM yang memberikan idea ini. Beliau sedang bertarung nyawa di IJN. Semoga program circle ini memberikan beliau pahala yang berterusan dan dipermudahkan segala urusan. Al-Fatihah.
Jemputan khas iaitu Pak Andi dari
ESQ Training menggamatkan suasana. Pembawakan perkongsiannya yang sudah tentu
mencairkan jiwa-jiwa dengan mengetengahkan firman Allah dan sabda Baginda.
Allah. Subhanallah.
Dibawakan juga kisah seekor burung helang.
"Utk terus bertahan, ada waktunya kita perlu berani memulakan satu perubahan yg besar."
"Kita kadang-kadang perlu membuang kenangan lama, kebiasaan lama dan tradisi masa lalu lainnya."
"Hanya dgn membebaskan diri dari beban masa lalu, kita dapat mengambil manfaat saat ini."
Antara isi lain yang dikongsikan oleh Pak Andi :
"Pentingnya untuk berada dalam biah yang soleh dalam membantu perubahan diri."
"Setiap hari adalah ladang pahala buat kita."
"Bukan saja-saja Allah pilih kita berada di sini, di institusi ini."
"Kerja kita ini memberi manfaat kepada masyarakat."
"Para Amilin....
"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." 9:103
"Kalian semua membantu masyarakat daripada tergolong dalam ayat ini....
"(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu." 9:35
"Tugas kalian bukan sekadar kutip dan agih, tetapi membantu masyarakat mengenal Tuhan..."
"Satu-satunya profession yang Allah sebut di dalam al-Quran.."
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." 9:60
"Tidakkah mulia tugas kalian...? Bukankah ianya pekerjaan yang mulia...?"
Allah..
"Dan semoga kita semua tidak tergolong di dalam ayat ini......"
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." 7:179
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Pada sebelah petang pula, sesi perkongsian bersama Sham Kamikaze bertajuk mahalnya hidayah Allah.
"Kongsikanlah kebaikan kerana kita tidak tahu perkongsian mana yang akan menyentuh hati manusia."
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Circle pertama telah berjaya dilaksanakan pada hari itu juga.
Menanti debaran untuk menjayakan circle seterusnya pada minggu ini. InsyaAllah. Mohon doa dari pembaca sekalian agar segalanya Allah permudahkan.
Alhamdulillah.
************
nota tongkat belacu saya :
ketika mana jemputan dari Allah ini hadir saya teringat kata-kata yang pernah dilakarkan di sini. Kata-kata ini terlimpah ideanya dari Allah tatkala kak Ila iaitu x-kak naqibah menyerahkan sebuah buku bertajuk murobbi..dan saya dapat menjangkakan apa yang bakal saya tempuh selepas itu..benarlah, adakala apa yang kita minta main-main, itu yang Allah beri dulu..mungkin itu yang perlu diberi perhatian dulu. yang kita minta beria-ia? mungkin saja belum masanya...Allah lebih tahu kan.. *senyum sayang* senyum sebab Allah sayang. sebab Allah terlalu sayang. walau berair mata...tetaplah senyum sayang.
nota tongkat double stand belacu saya :
tatkala Pak Andi menyampaikan butir-butir bicara ilham dari Pencipta berkenaan mulianya tugas kami ini, ingatan saya terus kembali pada entry ini.. Allah...speechless..
Alhamdulillah.
************
nota tongkat belacu saya :
ketika mana jemputan dari Allah ini hadir saya teringat kata-kata yang pernah dilakarkan di sini. Kata-kata ini terlimpah ideanya dari Allah tatkala kak Ila iaitu x-kak naqibah menyerahkan sebuah buku bertajuk murobbi..dan saya dapat menjangkakan apa yang bakal saya tempuh selepas itu..benarlah, adakala apa yang kita minta main-main, itu yang Allah beri dulu..mungkin itu yang perlu diberi perhatian dulu. yang kita minta beria-ia? mungkin saja belum masanya...Allah lebih tahu kan.. *senyum sayang* senyum sebab Allah sayang. sebab Allah terlalu sayang. walau berair mata...tetaplah senyum sayang.
nota tongkat double stand belacu saya :
tatkala Pak Andi menyampaikan butir-butir bicara ilham dari Pencipta berkenaan mulianya tugas kami ini, ingatan saya terus kembali pada entry ini.. Allah...speechless..
nota roda(s) depan nur ramadhan saya :
kenapa guna circle? sebab masih ramai yang belum tahu dan biasa dengan perkataan usrah..jadi perkataan circle digunakan..namun hadafnya sama..semoga Allah permudahkan..mohon doa ye...
nota roda(s) belakang nur ramadhan saya:
wahai kalian yang tidak berada di institusi ini, sesungguhnya kalian juga melakukan tugas yang mulia. tiadalah kami boleh bekerja membantu masyarakat jika tiada kalian yang bekerja di TNB, Telekom, bank-bank pasaraya-pasaraya, kilang kertas, kilang gam, kilang barang-barang elektronik dan sebagainya. bayangkan perkhidmatan dan barang yang kalian keluarkan itulah yang membantu kami menjalankan kerja-kerja amilin ini. Subhanallah... bukankah hidup kita ini saling melengkapi? ^^
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
kenapa guna circle? sebab masih ramai yang belum tahu dan biasa dengan perkataan usrah..jadi perkataan circle digunakan..namun hadafnya sama..semoga Allah permudahkan..mohon doa ye...
nota roda(s) belakang nur ramadhan saya:
wahai kalian yang tidak berada di institusi ini, sesungguhnya kalian juga melakukan tugas yang mulia. tiadalah kami boleh bekerja membantu masyarakat jika tiada kalian yang bekerja di TNB, Telekom, bank-bank pasaraya-pasaraya, kilang kertas, kilang gam, kilang barang-barang elektronik dan sebagainya. bayangkan perkhidmatan dan barang yang kalian keluarkan itulah yang membantu kami menjalankan kerja-kerja amilin ini. Subhanallah... bukankah hidup kita ini saling melengkapi? ^^
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~









No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^