Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Untuk yang kedua kalinya. Mendaki Broga.
Alhamdulillah.
21.04.2013
Perjalanan dimulakan pada jam lebih kurang 4.00 pagi dari Bandar Anggerik. Perancangan asal nak Solat Subuh di puncak 1 Bukit Broga. Namun, Allah adalah sebaik-baik perancang. Kami solat Subuh di Stesyen Minyak Petronas berhampiran simpang nak ke Broga tu.
Layan gambar je la yer..
^^
![]() |
| taklimat ringkas sebelum mendaki dan bacaan doa. |
Oh ye... Ekspedisi kali ini disertai oleh 20 orang akhawat dari Bandar Anggerik. ^^
Alhamdulillah.
Memulakan pendakian pada jam 6.40 pagi dan tiba ke puncak 1 pada +/- 7.30 pagi. Kot.
Alhamdulillah.
![]() |
| Subhanallah. |
![]() |
| ^_^ |
![]() |
| sebiru hari ini? ^^ |
![]() |
| santapan jasmani dan ruhani ^^ |
![]() |
| 3:190-191 |
"ramai je yang berpagi-pagi nak panjat Broga. tapi apa niat nak panjat? ada yang nak ambil gambar. ada yang nak tengok sunrise. ada yang nak exercise. ada yang saja-saja. niat kita apa?"
dan memang benar seperti ayat 3:190
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; "
Ramai je sebenarnya kagum, teruja, terkesima dan ter ter ter lagi lah dengan pelbagai keunikan, kecantikan dan ketidaksangkaan terhadap ciptaan Allah di bumi dan segala isinya. Tapi, berapa banyak dalam ramai-ramai tu mengaitkan segala keterujaan yang dilihatnya itu dengan kebesaran Allah? Berapa ramai?
Teringat kata-kata Mufti Menk tempoh hari,
'melihat segala ciptaan Allah yang sementara ini pun kita boleh suka, jatuh cinta, angau dsb apatah lagi Allah itu sendiri. CiptaanNya pun dah boleh buat kita tak senang duduk, amik gambar sampai habis kodak kan.. (err...yang habis kodak ni saya tambah..hihi) apatah lagi DIA. DIA yang menciptakan. Tentu Allah itu berkali kali kali kali kali kali dan berapa banyak kali lagi lebih indah. Subhanallah. Subhanallah.'
Berapa ramai agaknya yang menggunakan akal dalam keadaan begini dan mengaitkannya dengan kebesaran Allah. Berapa agaknya? Siapakah orang-orang yang berakal itu?
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
3:191
Semoga kita tergolong dalam kelompok orang-orang yang berakal ini. Dan semoga kita sentiasa bersyukur atas segala yang telah Allah ciptakan ini. Semua ciptaannya tidaklah sia-sia. Hatta seekor nyamuk pun. Yang kita tak suka tu. Hatta seekor semut pun. Yang kita marah bila depa hurung makanan kita. Bukan sia-sia. Segalanya ada ibrah yang boleh diambil.
Alhamdulillah.
![]() |
| tadabbur |
![]() |
| solat dhuha |
![]() |
| dari puncak 2 suke gambar ni <3 |
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
59:21
Gunung pun tak sanggup. Kita yang sanggup ni, yang dah berjanji sejak azali ni, sesuke suki je kan nak mungkir janji. Allah. :"( (nasihat diri sendiri)
Gunung pun tak sanggup. Allah dah bagi kita akal. Gerakkan. Gegarkan sikit neuron-neuron tu untuk fikir pasal ummah.
Elakkan jadi anak burung yang nak disua makanan je. Anak burung tak pelah. Ni, dah Ummi burung, Abi burung. Takkan nak tunggu suap je. Kan? Islam tu takkan berkembang, kalau kita nak harap orang datang dekat kita.
Elakkan jadi anak burung yang nak disua makanan je. Anak burung tak pelah. Ni, dah Ummi burung, Abi burung. Takkan nak tunggu suap je. Kan? Islam tu takkan berkembang, kalau kita nak harap orang datang dekat kita.
"Daie itu mendatangi bukan didatangi." (nasihat diri sendiri.lagi)
![]() |
| merenung perbatuan di puncak 4 alahaiii.. |
![]() |
| di puncak 3 menikmati pemandangan sambil berbual dgn cik Ct |
![]() |
| puncak 4 yang ekstrem. hu.hu |
![]() |
| Alhamdulillah. tahniah bagi sesiapa yang telah tiba ke sini. saya? belum lagi. next time. insyaAllah. |
![]() |
| sebelum turun |
![]() |
| ku lihat hijau.. #eh. |
![]() |
| zahra new usrahmates yg lain tak dapat join.. huhu |
![]() |
| pulang alhamdulillah |
![]() |
| camerawomen for that day. Alhamdulillah |
Alhamdulillah untuk segala peluang yang telah Allah berikan.
Pendakian ini juga merupakan salah satu aktiviti dalam salah satu ciri-ciri Muwasafat Tarbiah - Qawiyul Jismi.
Qawi ke uolls? hihi..
"Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah"
(HR. Muslim)
Alhamdulillah. Selamat semuanya.
Pendakian dahulu.
Alhamdulillah. Mendaki Broga kali ini tidak seberat yang dulu.
Alhamdulillah.
Ermmm...walaupun dipertengahan jalan sebelum sampai puncak pertama tu ada kata macam ni... "kenapalah aku kata ya nak panjat Broga ni lagi.."
Hiii.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Bukanlah namanya hidup jika tiada ujian. Kan.
Alhamdulillah. Sedikit coretan dan kenangan pada 21 April lalu.
Oh ye. Gambar-gambar ambil dari FB Nurnadia the camerawomen ;-)
Alhamdulillah.
~bersangka baik dengan Allah setipa masa~

















.jpg)
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^