"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 6 May 2013

Hikmah Yang Tersirat - sebuah diari

Bismillahirrahmaanirrahiimm..


11 Jun 2009
Kadang-kadang kita terpaksa membuat perhitungan supaya tidak tersilap langkah. Antara ketakutan dan keberterusan hidup saya semakin tidak pasti. Dua hari lepas Hotel Pearl Continental Peshawar yang bertaraf lima bintang meletup menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang terkorban termasuk rakyat asing. Berpuluh-puluh lagi cedera. Penyerang berani mati memang mensasarkan tempat yang menjadi tumpuan rakyat asing untuk mereka letupkan. Penyerang meletupkan bahan letupan yang dibawa dengan trak setelah merempuh sekatan kawalan keselamatan hotel.


3 November 2009
Kadang-kadang saya fikir nyawa manusia bagaikan terlalu murah di sini, beratus-ratus orang mati begitu sahaja akibat pengeboman berani mati. Tidak sampai seminggu selepas sekurang-kurangnya 117 orang mati di Peshawar, 35 orang pula mati di Rawalpindi semalam. Dan semalam juga pada sebelah petangnya, berlaku satu lagi letupan bom di Lahore yang mengakibatkan 25 orang cedera termasuk anggota polis dan keselamatan. Hampir setiap hari ada sahaja berita tentang bom membuatkan ia tidak begitu mengejut atau mengujakan lagi. Melalui media-media di sini, diperhatikan bahawa pihak berwajib tidak mengambil langkah yang serius bagi menghalang kematian rakyat yang tidak bersalah. Malah beberapa ketika saya melihat seolah-olah mereka sengaja menjolok-jolok sarang tebuan.


31 Julai 2010
Pagi itu mendung, hujan renyai-renyai dan kadang-kadang menjadi lebat. Saya berada di tempat kerja apabila tiba-tiba ada bunyi kapal terbang yang sangat kuat seolah-olah terbang sangat rendah. Langsung saya tidak menyangka kapal terbang itu sebenarnya sedang hilang kawalan dan beberapa minit selepas itu ia terhempas di bukit Margalla. Ada 152 nyawa di dalamnya dan kesemuanya meninggal dunia. Saya tinggal di kaki bukit Margalla dan kadang-kadang saya pergi mendaki Bukit Margalla itu sehingga ke puncaknya di Pir Sohawa.


31 Disember 2010
Pagi Jumaat ini seusai solat Fajar saya membaca sms kiriman seorang sahabat Malaysia kami dari Karachi. "Suami saya telah kembali ke rahmatullah jam 6.15 pagi waktu Pakistan kerana Hepatitis A. Alfatihah." Padahal baru lima hari lepas kami bersama-sama mereka, arwah dan isterinya dan keluarga saya bermusafir bersama-sama ke Lahore dari Islamabad. Banyak gambar kenangan yang kami rakam di kota yang menyimpan banyak bangunan bersejarah yang cantik-cantik. Arwah kelihatan seperti biasa saja pada masa itu, cuma dia ada mengadu tidak sedap badan sewaktu dalam perjalanan pulang. Rupa-rupanya itulah pertemuan terakhir kami dan saya menyesal tidak memeluknya erat-erat dan lama-lama sewaktu perpisahan di hadapan Masjid Badshahi. Kalaulah hanya kita tahu bila kita akan pergi. Saya tidak akan dapat bercakap dengannya lagi, cuma mampu sedekahkan alfatihah dan do'a untuk sahabat saya itu. Difahamkan jenazahnya hanya akan tiba di Malaysia pada tengah hari 2 Januari ini, iaitu tepat pada hari ulang tahun kelahirannya.

Dan ini adalah kematian kedua sahabat saya saya di Pakistan, cuma berbeza 9 hari. 22 Disember lalu sahabat baik saya di Islamabad meninggal dunia. Dia baru saja datang ke Islamabad dari Malaysia dan setelah genap dua bulan dia hidup di sini, dia pun kembali semula ke Malaysia tetapi hanya jasadnya. Cuma sekejap saya berkenalan dengannya tetapi ia suatu sekejap yang menyenangkan. Saya tidak akan lupa kenangan kami menghirup sup ayam dan jagung di Rawalpindi, arwah sangat menggemarinya dan sayalah yang bertanggungjawab memperkenalkan sup itu kepadanya. Dan kami pernah berkelah bersama-sama di Taman Lake View, berjalan-jalan di Pasar Itwar Bazaar sambil membeli baju sejuk terpakai dan semua itu cuma tinggal kenangan sekarang. Saya sebak melihat reaksi dua anak perempuannya kecilnya (4 dan 7 tahun) yang belum cukup mengerti tentang peristiwa sedih itu, walaupun saya percaya balu arwah akan mengumpulkan kembali segala semangat dan kekuatannya untuk meneruskan hidup bersama-sama dua anaknya di bumi Islamabad ini.




14 Mac 2011 
(catatan isteri penulis)

En suami selalu merasakan peritnya hidup seorang isteri yang kehilangan suami. Dia sedaya upaya mahu melawat keluarga yang kehilangan org yang tersayang.

Kami juga sempat ke rumah baru abang sulungnya di Kota Damansara. Selalunya kami akan ke rumah lama abang sulungnya di Selayang. Mungkin kepulangan en suami kali ini mahukan kelainan, mahukan jalan yang berbeza...



Alhamdulillah.
Setelah sekian bulan melihat dari jauh,

Tatkala membaca bab terakhir Jalan Pulang - 14 Mac 2011 di dalam buku ini, darah berderau. Sukar untuk ditafsirkan. Padahal saya sejak 2011 sudah mengetahui pengakhirannya dan sebelum membeli buku ini telah membaca bab yang terakhir dahulu. Namun, perasaan itu tidak sama apabila saya membaca secara tertib dari bab pertama. Perasaan ingin tahu dan segala rasa bercampur baur. 

Adakala bahkan selalu juga saya meletakkan diri dalam situasi isteri penulis. Allahurabbi. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Puan Mawar. Jujur, dari lubuk hati yang paling dalam, saya tidak dapat membayangkan seandainya saya ditempat Puan Mawar. Allah. Berikanlah kekuatan kepadanya. Ya Allah, jangan Engkau bebani aku di atas sesuatu yang tidak sanggup aku hadapi. 

Berikut merupakan kata-kata penerbit di muka surat terakhir. 

segalanya dari Allah
dan akan kembali kepada Dia.

Untuk mengetahui cerita lebih lanjut boleh dapatkan buku ini atau singgah ke blog penulis dan isteri yang telah diberikan di atas. Selamat membaca dan mengambil ibrah daripadanya. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Semoga segala tinta yang terdapat di dalam buku ini menjadi saham akhirat kepada penulis dan keluarganya.


1 Mei 2013
"kadang, selalu je terfikir. kalau akak dah tade nanti, apa jadi ye dengan blog, fb, twitter semua? baca buku ni pun dah rasa sedih, padahal tak kenal pun sape penulis ni. apa agaknya perasaan dan tanggapan orang awam kepada kita bila baca hasil-hasil tulisan kita bila kita dah takde nanti. terpikir gak nak bagi password akaun-akaun alam maya kat sapa ye nanti?"
"tu la kan.."
"sebab tu la kita kene tulis perkara-perkara baik je kan..in case kalau tetibe Allah tarik nyawa apa yang kita tulis tu la yang orang akan baca. kalau baik dan bermanfaat boleh jadi saham kat 'sana' nanti"


Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Ya Allah, matikan kami dalam keadaan Khusnul Khatimah.
Matikan kami dalam Iman. Matikan kami dalam Islam, Ya Allah. 
Allah.


**nak bagi password segala akaun alam maya kat sape yer? ermm..


~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^