Kawan, dalam kehidupan, terlalu banyak kepincangan, kesedihan & kebencian. Saat kita sudah berdepan dengan itu semua, kita tinggalkan pada saat itu juga kerana hidup yang bersisa harus diteruskan dengan ceria tanpa dibawa bagasi ‘rasa tidak puas hati’ dan dendam lama.
Dari 1,2 kekurangannya, ada 1001 lagi kelebihannya. Mengapa perlu dilihat yang 1,2 itu? Cari dan lihatlah kebaikannya moga segala yang pincang sedikit itu mampu diterima dan dibaiki sama-sama dengan niat mencari redhaNya.
Akhir kata, semua mencari kesempurnaan walau sedar hakikatnya hidup ini adalah 1 ketidaksempurnaan yang nyata.Yang sempurna hanya Dia, kawan. Maka jika mahu mencari sesuatu yang menghampiri kesempurnaan, carilah yang Maha Sempurna; Allah Azza wa Jalla.
dari sini
*************
"carilah yang Maha Sempurna; Allah Azza wa Jalla."
perjalanan dalam sebuah pencarian menuju kesempurnaan, Tuhan.
aku mencariMu dalam tiap detak jantungku dalam tiap denyut nadiku, Tuhan.
Tuhan, bolehkah aku katakan pada tiap titis hujan yang Kau turunkan, ada doaku yang terkabulkan.
Bolehkah Tuhan?
.subuh.jumaat.
Bolehkah Tuhan?
.subuh.jumaat.
nikmat mencintaiMU seperti meneguk air sejuk bagi orang yang dahaga tatkala cuaca panas membara. izinkan aku merasa basahnya tekakku, merasa tersekanya keringatku saat cintaMu menelurusi segenap hela nafasku. Tuhan. izinkan. kerana selalu saja kalahku kepada cinta dunia.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^