PRU 13
Fuhhhhhhhh........
Assalamu'alaikum..
Bismillahirrahmaanirrahimm....
Sejujurnya. Sebenarnya. Saya agak sukar tidak suka untuk membincangkan @ membicarakan @ mengungkapkan perihal politik sejak dari zaman anak-anak lagi. Walaupun Sejarah itu adalah anak emas saya dan kegilaan saya terhadap tarikh penting dalam hidup ini yang sampai satu tahap saya pun tak paham kenapa saya boleh ingat tarikh2 yang orang tak sangka pon saya akan ingat, namun politik bukanlah kesukaan. Saya boleh jatuh cinta dengan sejarah tingkatan 4 tetapi saya kurang berminat dengan sejarah tingkatan 5. Penuh dengan pembentukan kerajaan dan juga politik. Kena tahu! Ya saya tahu! Tapi....
Pada malam sebelum PRU 13, entah angin mana yang menyapa batin hati ku ini, entah bayu mana yang bertenggek-tenggek di relung hati ini ada ilham menjelma yang ingin dikongsikan bersama. Alhamdulillah dengan izin Allah juga sebenarnya ilham tersebut menerpa. Dengan izin-Nya. Pasti dengan izin-Nya. Saya mendapat ilham untuk membuat sebuah analogi sempena PRU 13 tempoh hari..
Dalam kecuakan untuk pergi mengundi. Dalam keterharuan peluang yang telah Allah beri. Lewat malam itu dirasakan penuh resah gelisah sebab esok nak masuk dewan peperiksaan untuk mengambil peperiksaan besar. Ya. Itu yang saya rasakan.
Analogi saya berbunyi begini :
"nak pilih calon pemimpin ni lebih kurang macam nak pilih calon suami gak la" ermm...
*ekceli sampai la ni saya tak pasti cane leh terdetik analogi di atas ni*
Membuat pilihan.
Sebagaimana kita (akhawat) ingin memilih bakal suami yang akan menjadi pemimpin kepada kerajaan kecil kita nanti, begitulah lebih kurang bagaimana kita ingin memilih pemimpin kawasan kita tu. calon-calon yang telah tertera. calon-calon yang telah ada. pasti kita mahu memilih yang terbaik di sisi agama, kan?
dalam memilih pemimpin kerajaan kecil kita, tentu saja pelbagai usaha dilakukan. mensolehahkan keperibadian. berderet-deret doa dipanjatkan. demi untuk dikurniakan zauj yang beriman, bertaqwa, soleh, dapat membimbing kita sekeluarga menuju SyurgaNya dan berharap dapat bersenang lenang di Syurga sana. tak begitu? dalam kerajaan kecil kita yang punya zauj, zaujah, abi, ibu juga mujahid dan srikandi pewaris kita (insyaAllah) pasti kita mengimpikan pemimpinnya adalah seorang yang benar-benar layak memimpin yang menjadikan Allah dan Rasul sebagai teras kehidupan. Pasti.
kan?
kan maratib amal kita bermula dari individu muslim kemudian baitul muslim. kan? kemudian ke masyarakat muslim dan seterusnya...
jadi begitulah analoginya. (maaf pendapat tidak seberapa)
jika kita boleh mengaturkan deretan doa yang cukup indah untuk mengimpikan zauj idaman, begitu jugalah dalam memilih pemimpin dalam kerajaan yang besar 'sikit' dari kerajaan kecil kita tadi. kan? usaha-usaha kita, doa-doa kita. pemimpin kepada kerajaan yang besar 'sikit' dari kerajaan kecil kita inilah yang akan memegang tampuk pemerintahan. dengan izinNya semoga suatu hari nanti Islam akan menjadi Ustaziatul Alam semula. InsyaAllah.
bermula dari sekecil-kecil kerajaan membentuk ke sebesar-besar buana raya. semuanya memerlukan pemimpin. hatta diri kita yang entah apa-apa ini adalah pemimpin kepada diri kita sendiri.
![]() |
| maratib amal dari sini |
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Pengalaman pertama turut serta mengundi pada PRU13 kali ini menyedarkan saya hal-hal politik itu perlu tahu! Perlu ambil tahu! Wajib ambil tahu! Daie itu perlu tahu isu semasa agar tidak mudah dilentur buluhkan oleh pihak-pihak yang menentang Islam. Perlu tahu!
Makanya.....saya perlu suka sejarah tingkatan 5.. kan? Sob..sob..sob..
=)
Kita perlu tahu sejarah... Sebab tu ada ISK. Ini Sejarah Kita. Supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama jauh sekali untuk menggadaikan agama. Na'uzhubillah. Na'uzhubillah. Na'uzhubillah.
Semoga Allah terus pegang, genggam erat hati-hati kita. Semoga.
*senyumtigeeeeee*
| baca/ulang dua tiga kali or lebih yer.. |
Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Alhamdulillah atas segalanya.
Alhamdulillah.
mendapat mesej di whats up pagi tadi, menjadikan perbualan politik sebelum pergi kerja di bayt al-falah hangat-hangat unggun api. maka berkobar-kobarlah rasanya nak buat entry ni. Alhamdulillah. Disebabkan satu aktiviti meng'like' entry APG, PRU13 : Kekalahan yang Memenangkan tertera di newsfeed dinding mukabuku, seseorang telah menegur tindakan saya itu dan menyatakan kerisauan terhadap saya dalam beberapa perkara. Allah.. Dengan izinMu, hanya satu 'like' itu membuat dia menegur saya dan saya yakin dia membaca entry itu. Semoga segala yang benar akan tersingkap walau mengambil masa seolah-olah menunggu luahan dari si gagap.
Alhamdulillah. Saya dapat merasakan teguran tadi adalah teguran ambil berat. Alhamdulillah thumma alhamdulillah saya merasakan ada seorang Abang yang sedang memerhatikan status mukabuku adik-adiknya.
Terima kasih kerana ambil berat, Abang. ^^
Ya. Sampai saatnya kita perlu bagitahu pendirian kita, supaya orang lain tahu dan faham kita ni bagaimana.
Kita bukan lalang. Bukan juga bunga lalang. #eh..
![]() |
| erk??? semoga Allah redha pada pertemuan itu nanti InsyaAllah |
Esok.
1 Rejab 1434.
Semoga Allah permudahkan segala urusanmu sahabat ku sayang.
Maafkan saya.
:"|
Esok.
11 Mei. Peristiwa yang takkan saya lupakan pada 20 tahun lalu.
Dan, esok sejarah lain pula akan tercipta.. InsyaAllah.
Allah.
Untuk segalanya kuatkan aku.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~


No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^