![]() |
| sini pelangi itu ada di atas semua *senyum* |
“Sahabat, penderitaan, cabaran, kesukaran, mehnah dan tribulasi itu takkan terhenti. Kecuali selepas mati. Sebab itu, ada orang mempercepatkan kematian mereka dengan membunuh diri. Tetapi itu adalah manusia-manusia yang berputus asa kepada Allah SWT. Manakala kita yang beriman ini, kita tabah, cekal, hingga ke akhirnya. Maka jadikanlah momen-momen indah kita, walaupun sedikit, sebagai ‘matahari’, yang akan membiaskan pelangi dari hujan penderitaan kita.”
Kemudian dia dijarakkan perlahan-lahan.
“Dan sahabat, di syurga, sekiranya kita berjaya mati dalam keadaan kekal bertahan dan percaya kepadaNya, tiada lagi hujan lebat untuk jiwamu di sana.” Air mata yang mengalir pada pipinya diseka perlahan oleh Hafizul.
“Itu pelangi untuk engkau yang sebenar-benarnya. Syurga adalah ‘matahari’nya.”
Hafizul memeluk betis, memandang keluar rumah. Dia akhirnya melakukan perkara yang sama. Melandaskan dagunya pada lutut.
“Nanti di sana Aiman, kau akan lupa segala deritamu selama ini. Hujan lebat itu takkan terasa, bila pelangi muncul selepas turunnya ia.”
Segala apa yang telah dia lalui, segala apa yang akan pula dia tempuhi, dia kini berazam untuk mengharungi dengan sepenuh kekuatan dan percaya. Saat ini, pelangi sementara muncul untuknya.
Dan dia masih di dalam perjalanan, untuk mengejar pelangi hakiki yang menantinya di ‘sana’.
“Terima kasih Hafizul. Kau nyata matahari aku.”
Hafizul tertawa senang. “Kau selama ini matahari aku juga.”
.....................
Dan Aku akhirnya sedar. Bahawa pelangi yang aku cari itu sebenarnya tiada di dunia.
Tetapi hanya ada di akhirat sana.
Maka aku perlu tabah dan kekal percaya kepadaNya. Mengharungi segala dugaan dengan setabahnya. Menyelesaikan segala permasalahan sesabarnya.
Biar nanti aku sampai ke syurga.
Dan menikmati pelangi hakikiku di sana.
Tetapi hanya ada di akhirat sana.
Maka aku perlu tabah dan kekal percaya kepadaNya. Mengharungi segala dugaan dengan setabahnya. Menyelesaikan segala permasalahan sesabarnya.
Biar nanti aku sampai ke syurga.
Dan menikmati pelangi hakikiku di sana.
Cerpen Mencari Pelangi oleh Hilal Asyraf
** Ruhani! Aton wat akak cari balik Kabus Cinta dan Mencari Pelangi. Thanks.
** Awak, Kamu, Anda, Kalian semua adalah matahari saya. Syukran 'ala kulli hal. Kita sama-sama kejar pelangi di syurga k? Senyumlah.......
** Awak, Kamu, Anda, Kalian semua adalah matahari saya. Syukran 'ala kulli hal. Kita sama-sama kejar pelangi di syurga k? Senyumlah.......
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

syukur ya Allah memberi ku matahari, dan sampaikan kami ke pelangiMu di sana...
ReplyDelete*senyum lebar ternampak nama*
ReplyDeletesyukran kak...Allah gerakkan hati saya membaca Kabus Cinta..Allah gerakkan hati kita melalui karya si dia.. :")