"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Friday, 7 September 2012

cincang @ shred

Prolog:
 
"Zaza rupanya. Ingatkan sape."
 
*senyum*
 
"Ha....nangis yer?"
 
"Eh..tade la kak...tengah tenang-tenangkan diri ni.." masih berbaki air matanya
 
"Tak pe..nangislah.. akak paham..biasalah.."


...........

Cerita 1

"Akak...macam mane ni? Saya terbuang dokumen yang bos dah sign kat mesin shredder"
 
"Dah tu...?"
 
"Ok. Relax..relax...tau nak buat macam mane.." *senyum jahat*
 
.............
 
"Department uols bawak ape untuk jamuan raya?"
 
"Ya Allah kak, kitorang tak sempat discuss. Kalut siapkan report untuk meeting ni. Dah lewat hantar kat BOD. Dah la saya kalut-kalut tadi ter'shred' dokumen yang bos dah sign..."
 
"Okay. Sabar-sabar.."
 
"Tak pe..saya tau dah nak buat macam mana nak dapatkan sign tu...bla..bla..bla...bla...."
 
"No. INTEGRITI!" *tegas*
 
*senyum kelat*
 
"tak pe. kadang-kadang kita buat silap. hari ni je akak dah buat 3 kesilapan. akak mengaku kat bos akak. kita manusia kedang-kadang terlepas pandang benda tu."
 
"bos saya mood macam tak ok je hari ni."
 
"Awak kena mengaku juga. Cakap mintak maaf."
 
*akan dipertimbangkan*
 
..............
 
6.30 pm
 
"Mana report tu? dah siap belum?"
 
"dah..dah.. ni.. err...ada benda lain nak suruh sign jugak.."
 
"apa ni.."
 
"minta maaf bos, dokumen pagi tadi saya dah ter'shred'"
 
"macamane leh jadi macam tu?" tegas!
 
"tak perasan. tercampur dengan yang saya nak buang."
 
..................
 
esoknyer....
 
"Akak, semalam saya dah minta sign baru kat bos."
 
"Dah tu..macamane?"
 
"Bos tak kate ape. Cume tanye jer. Segala idea-idea merapu yang saya agak dia akan bebel tu satu pun tak keluar...hihihi..Alhamdulillah.."
 
a few minutes later...
 
"Akak! tengok ni..."
 
"Apa?"
 
"Sebenarnya saya tak ter'shred' pun dokumen semalam tu...rupanya saya dah asing kan siap-siap. tapi tak tahu kenapa semalam saya tak perasan pun benda ni ada kat situ.. Aduiiiyyyyy.... Kenapa la anakwakusop minggu ni..%*^$#"
 
"Kerja...biasa la..minggu ni kan huru hara sikit.."
 
"Selalu jugak huru hara...Careless!!!" *kecewa*

..........

Epilog:

"Zaza!"

"Ye kak..."

"Ok dah?"

"Ok." *senyum"

"Baca surah Insyirah banyak-banyak yer.."

"InsyaAllah. Terima kasih."

************************

terkadang sesuatu itu terlalu sulit untuk diperkatakan.
terlalu sulit untuk dikongsikan.
lalu hanya air mata yang berjuraian.
mengalir tanpa segan silu.
menyoroti segala kepiluan.
berlalu lah.
berlalu lah.
hal kerja terkadang hadir tanpa di jangka.
terkadang merasa diri ini lemahnya..
di uji sedikit, jatuhnye berguling guling
sampai bila dapat cekal tabah dan kuat
namun, kala melihat orang lain juga menitiskan air mata kerana bebanan kerja,
hati berkata...oh..dia juga merasa..cuma situasi berbeza..
di uji untuk kuatkan lagi..
dan tika itu, aku perasan solat Zaza berbeza berbanding selalu
sengaja Allah hadirkan susah dan gundah
agar kepadaNya kita kembali merayu dan mengadu
bersungguh dalam pilu dan syahdu
berharap padaNya Yang Satu

INTEGRITI
ya..setiap yang dilakukan IHSAN itu perlu...
dalam kekalutan, ego diutamakan
pandangan Allah diketepikan
lalu pakaian Muslim ini hanya tipuan
menipu diri
Allah....
terima kasih hadirkan insan-insan yang mengingatkan
bos tak marah pun kan?
kalau marah pun ia satu pengajaran
memang silap sendiri atas kecuaian
berani kerana benar
berkata benar lah walau pahit..

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
 2:42
 
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~





No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^