"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 10 September 2012

lasagna.....pizza ~~~

Prolog:

"Kakak nak buat apa?"

"Lasagna.."

"...."


"Kakak nak buat spegheti ker?"

"Bukan..lasagna..."

"Apa dia..?"

"LASAGNA!"

"Entahla...tak reti Ati nak sebut.."

******

Memandangkan Kak Zura dok puji kata lasagna yang saya buat sedap, maka dengan rasa berkobar-kobar dengan penuh berbunga-bunga saya meng'update' entry ini..

Bismillah.. Jom masak.

cubaan pertama
bersama Kak Ha pada 29 Ogos 2012

Ini bahan-bahannya :

Cendawan butang, prego tin merah dan prego tin hijau
solivite tu... minum bila dahaga yer..
:D
Prego tin biru..
Serbuk Oregano dan Kepingan Lasagna
Mozarella and Parmesan

Cara-caranya:

Tumis bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang dan cendawan butang. Dah agak-agak daging tu dah masak sikit masukkan prego tin merah dan tin hijau tu. Kalau nak berkuah tak yah masak lelama. Kalau nak buat kering, masak la lelama sikit. ;-D

tumis 
Tumisan tadi akan jadi seperti sos spagheti bolognese..Kalau ade spagheti dah boleh amik dan terus makan. inilah yang adinda saya buat sesudah sos ini saya angkat dari kuali. *jeling tajam*

Ok. Mari kita melapis-lapiskan 'mereka'. Mula-mula sekali masukkan sos tadi. Lepas tu letak kepingan lasagna. Dah tu, masukkan sos spagheti carbonara yang tin biru tuu...Kemudian tutup dengan kepingan lasagna. Masukkan sos spagheti tadi tutup dengan kepingan lasagna masukkan sos spagheti carbonara tutup dengan kepingan lasagna dan.........seterusnya. Ulang la sampai habis semua tu.. ;-D

Memandangkan saya takde mangkuk patsegi tepat macam Kak Ha, jadi saya guna je la apa yang ada di mahligai ayahbonda. Agak bulat mangkuk ini.. Oh yer...anda juga boleh meletakkan serbuk cheese selepas menuang sos spagheti tadi. Terpulang kepada selera memasing. Nak banyak cheese, letaklah di setiap lapisan. Kalau tak nak, letak je ikut suka lah. Pada lapisan-lapisan tu saya taburkan cheese parmesan dan untuk yang kat atas sekali, saya letakkan cheese mozarella. Jangan lupa taburkan sedikit serbuk oregano di permukaan lasagna tersebut untuk bau yang menyelerakan. ;-D
sedia untuk dimasukkan ke oven
bakar dengan suhu 160 dalam masa 30-45 minit
ikut suka gak nak bakar ni..
taraaaaa
siap
memandangkan bekas ni tak berapa nak transparent,
jadinyer amik gambar dari atas je la...
untuk lebih menarik boleh belajar buat lasagna dari website ini
best!!!

hehehe
nak jugak amik gambar dekat..

Beberapa perkara yang perlu anda tahu dari saya yang baru tahu ini..eh..
1. Tak boleh buat selalu nati pokai...hihii...
2. Kalau anda mmg western leh la letak cheese melambak. Tapi saya kampung, muak! hiiii.....
3. Untuk cari cheese, rasenya memang tak jumpa kot tanda HALAL JAKIM, maka berhati-hati. Tanda HALAL yang dari luar negara pun boleh. JAKIM ada mengesahkan tanda HALAL dari negara-negara tertentu. Boleh semak kat website HALAL JAKIM. :-)

Epilog:


Hari saya buat lasagna ni ada beberapa tetamu yang hadir ke rumah. Jenuhla pulak saya menyebut lasagna sampai terbelit-belit lidah. Sudahnya....

"Makanlah..tak de buat apa pun. Tu ha...kakak ada buat pizza.."

"...???... Mak! Mane ada pizza... Lasagna la..."

"Susah sangat mak nak sebut. Pizza senang sikit. Ha...makan lah pizza tu.."

Attoiii..alahai bonda...paperjerla..

p/s:untuk Kak Zura...dah boleh dah buat lasagna ni bila balik rumah mak mertua nanti..hihii..terima kasih la sebab puji...*semangat.semangat.semangat.nak masak lagi.* ;-D



last but not least...

SELAMAT MENCUBA!!!

ok..saya dah lapar lasagna semula..

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~


2 comments:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^