Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
-unic-
saya tak tahu kenapa sejak saya tahu wujudnya lagu ni...saya sangat...sangat....sangat....suka..
ustaz zahazan datang bagi kuliah pagi bertajuk ciri2 kepimpinan Umar Abdul Aziz di bilik mesyuarat kami yang dinamakan Bilik Mesyuarat Umar Abd Aziz juga.. banyak yang saya dapat. tapi apa yang saya nak cite kat sini x banyak..
cume nak bagi tau 5 perkara untuk ubat hati.
1. baca al-Quran dan tadabbur al-Quran
bukan saja baca je tiap2 hari...tapi kena paham maksud ayat2 al-Quran tersebut...sangat..sangat..sangat suka baca terjemahan...rasa dekat sangat dengan Allah...rasa diri kecil sangat...seronok...rasa bahagia..melalui surat cinta inilah Allah memimpin kita menempuh kehidupan...alhamdulillah..alhamdulilllah..baru baca terjemahan..belum lagi tahu tafsir...asbabul nuzul...kalau tahu dgn lebih terperinci lagi best...Islam is my way...Islam is the best....
2. qiamullail
mula dgn rakaat yg sikit...2 rakaat..pas tu meningkat kepada 4 rakaat...dan seterusnya..buat perlahan2... lama2 Allah akan permudahkan..kalau dah ada niat nak buat tu..InsyaALLAH...DIA akan bantu...DIA rindu nak dengar rintihan hamba-NYA pada dini hari merayu-rayu..mengadu-ngadu..berbicara dgn-NYA...DIA rindu sangat... DIA lebih paham jiwa kita..kerana DIA yg ciptakan kita...DIA yang memegang hati kita...DIA juga berhak membolak-balik kan hati kita..
Ya Allah tetapkanlah hati ku sentiasa berada di jalan menuju syurga MU..jgn Kau bolak-balikkan hati ini setelah Kau beri hidayah..Ya Allah..
Ya Allah tetapkanlah hati ku sentiasa berada di jalan menuju syurga MU..jgn Kau bolak-balikkan hati ini setelah Kau beri hidayah..Ya Allah..
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8) سُوۡرَةُ آل عِمرَان
3. kurangkan makan - makan bila lapar
x tau nak ulas ape...paham2 sendiri la yer..
4. perbanyakkan istighfar
Dalam sebuah hadis qudsi, Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: “Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya”.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Besarnye kasih sayang Allah...Allah hanya campakkan 1% je kasih sayang NYA ke dunia.. yang selebihnya adalah milik ALLAH YANG MAHA PENYAYANG.. tapi kita masih x sedar dgn segala yang ALLAH aturkan.. lalainya manusia...
Dalam sebuah hadis yang lain pula, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”. (Hadis riwayat Abu Daud)
subhanallah..sayang kan Allah kat kita?
subhanallah..sayang kan Allah kat kita?
istighfar...istighfar...
5. berkawan dengan orang-orang soleh
Rasulullah saw bersabda,
“Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi bisa memberimu tanpa kita harus membeli, atau (paling tidak) engkau akan mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku bisa membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
saya rasa perkara no. 5 ni ade kene mengena dengan lagu di atas...beruntungnya bila kita dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sudi menegur salah silap kita...yang salah dibetulkan...bukan diam je sebab dia kawan kita... kalau kita sayang sahabat kita..kalau kita nak masuk syurga sama2 ngan sahabat2 kita..kita kena lah saling tegur-menegur ke arah kebaikan...kerana tujuan hidup kita adalah menuju ke negeri abadi..bukannya nak cipta kerjaya semata-mata...bukannya nak kawen semata-mata..atau nak hidup kaya-raya..itu semua hanya secebis perjalanan hidup yang Allah rancang utk serikan kehidupan kita...untuk uji kita..kita hidup untuk menuju negeri abadi...kita hanya ada dua pilihan..nak syurga atau neraka...tentu la nak pilih syurga kan? x pernah lagi dengar nak masuk neraka... na'uzubillah min zalik... jaun kan kami dari azab neraka ya Allah..
indahnya bersahabat kerana ALLAH..berkasih sayang kerana ALLAH...bila berjauhan kerinduan menerjah jiwa..rasa nak berdampingan sentiasa.. maka nikmat Tuhan yang manakah yang hendak kamu dustakan..???
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...ya ALLAH....
saya sangat suka lagu di atas...
ok...
** p kenduri nurul iman esok...semoga ALLAH permudahkan segala urusan..
** Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). / (15) Al-Ahqaf
![]() |
| x ingat amik gambar kat ne |

Comelnye gambar empat orang tu. OK, yang merah tu mestilah kak Zura. hahahahaha! saye nak hijau!!
ReplyDeleteok...akak amik biru...
ReplyDelete