lidah kelu sejuta bahasa
hati menangis berjuraian hiba
minda melontar amarah kata
nafsu bergolak menghambur nista
syukur itu jeritan batin cuma
tidak terzahir hamburan kaca
yang bisa mengguris sembilu luka
hadir teman paling setia
iman merenung dari sudut berbeza
tidak gagal menjernihkan suasana
meredupkan mata melihat semua
lidah berzikir kepada yang Esa
minda terpana tersedar seketika
nafsu masih sukar reda
namun temanku tidak putus asa
menjadi ketua kepada semua
walau dipanah pelbagai syak wasangka
adakala derita menjelma
Ya Allah, sukar benar menjernihkan hati
dari sangkaan buruk duniawi
Ya Rahman, limpahi diri ini
sifat sabar yang tak berbelah bagi
Ya Ghafur, ampunilah aku
dalam menjalani hari-hari yang baru
Ya Fattah, bukakanlah bagiku
segala pintu kebaikan disekelilingku
moga dapat kutebarkan ilmu-Mu
agar selalu aku dibawah naungan rahmat-Mu
************
tulis sbb tgh geram dgn seseorang...
bbrp bulan yg lalu...
boleh juga baca di sini..
ok..
** Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : Ya Rasulullah, nasihatilah aku. Baginda bersabda : Jangan marah. Beliau bertanyakan hal itu berkali-kali. Maka Baginda bersabda : Janganlah engkau marah. (Riwayat Bukhori)
** mereka yang gagah adalah yang dapat menahan kemarahannya..
لا تحزن ان الله معنا
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^