"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Wednesday, 4 May 2011

itu kamu

untuk kamu
untuk kamu
untuk kamu
yang tulis itu
kamu ini kejam sekali
buat saya nangis di pagi hari
mengalir air mata membasahi pipi
merah mata cane nak wat keje ni??
kamu ini jahat ye
saya takut riak & tinggi diri
kamu ini nakal ye
saya tidak selayaknya diperkata begini

untuk kamu yang sedang study
tidak perlu menjadi orang lain
berusaha lah menjadi diri sendiri
seraplah kebaikan..ambillah pengajaran
dari persekitaran..
jadilah diri sendiri dgn segala kelebihan yg Tuhan berikan

untuk kamu yg suka post mcm2 kat wall fb saya
kita manusia biasa
tiada kuasa tiada segala
hanya guna nikmat sementara
kurniaan yg Maha Esa Maha Kuasa
sesungguhnya manusia itu
suka dipuji suka dihargai
itu tidak dapat dinafi

untuk kamu yg senang bangun pagi
peringatan juga buat diri
pujian perlu kembali kepada Ilahi
kerana semua akan kembali
kepada Tuhan Maha Tinggi
bersyukurlah ada yang ingin menghargai
alhamdulillah ada yang ingin menegur diri ini
dengan caranya tersendiri

untuk kamu yg selalu gerak saya utk qiam kala dini hari
sesungguhnya saya akui
terlalu banyak kekurangan diri
semua itu perlu diperbaiki
masih belum sempurna
kerna kita hanya manusia
tiada daya mengatur segala

untuk kamu insan yang dipilih Ilahi
usaha perlu diteruskan jua
takdir itu dihujung usaha hamba
berusaha dan teruslah berusaha
bermujahadah menggamit lelah
istiqamah mengait gundah
semua itu bukan mudah..
mohon pada Maha Pemurah
agar semua itu dapat dipermudah

untuk kamu yang ingin itu dan ini
nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan...
duhai hati..duhai diri..tenang mu sering terganggu..
dek kilauan duniawi..
yang sering meracuni...
kembali pada Yang Maha Kaya
Dia punya segalanya
berdampingan dengan-Nya
tiada kecewa
hanya bahagia

kamu kamu kamu
benar2 buat saya susah hati
kamu kamu kamu
buat saya banyak muhasabah diri
kamu kamu kamu
terima kasih tulus dari hati
kamu kamu kamu
moga ukhwah ini kekal hingga mati
dapat bertemu di syurga abadi
kamu kamu kamu
sayang kamu kerana Ilahi
terima kasih sekali lagi

ok..

** Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)? (55) an-najm
** nikmat ilahi, di dunia terasa lazat di syurga lagi hebat.

biarlah YM berbicara

~bersangka baik dgn Allah stp masa~

2 comments:

  1. gambar telur tu.. teringat telur masin kat bawah.. heeeee

    ReplyDelete
  2. bunga dalam kaca..hanya yg terpilih dpt menyentuhnya..
    semoga..

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^