"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 30 May 2011

mohon dengan sangat

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). (67)

(Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita. (68)

(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh, (69)

(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. (70)

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata dan (dikatakan kepada mereka): Kamu adalah tetap kekal di dalamnya. (71)

Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan. (72)

Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya. (73)

Az-Zukhruf

************

Tuhan...dosaku menggunung tinggi...tidak layak untuk ke syurga Mu...
namun aku tidak mampu menahan siksa api neraka Mu...
Tuhan.. rahmat Mu luas...kasih sayang Mu tiada terbatas...
Tuhan.. bantu aku menempuh jalan penuh liku...
pimpin aku menuju redha Mu...

Tuhan...aku ingin ke syurga Mu..
bersama mereka kekasih-kekasih hatiku..

yang Kau kirimkan untuk ku..untuk menghibur hati ku..
Tuhan..aku ingin bahagia di dunia juga akhirat..
nikmatnya syurga Mu tidak terbatas..
tidak tergambar betapa hebat..

Tuhan...aku ingin berjasa pada bonda, ayahanda juga keluarga...
ketemukan kami di syurga...
bahagia tanpa derita..gembira sentiasa tanpa nestapa...
bantu aku menjadi anak solehah ...
menjaga kebajikan mereka hingga hujung nyawa...
mencintai mereka sedalam-dalamnya...
mendahulukan mereka setiap ketika tanpa Kau murka...
permudahkanlah..permudahkanlah..
jangan Kau sukarkan...

Tuhan..aku masih ingin bersama sahabat2 ku...
bukan saja di dunia malah di syurga..
pelihara hati kami...jangan Kau bolak-balikkan..
genggam eratlah hati-hati kami di jalan Mu..
redhailah kami...tuntunilah iman kami...
eratkanlah ikatannya...perkuatkanlah ukhwah antara kami..
jangan ada cemburu di hati kami...

Tuhan..aku ingin menjadi ainul mardhiyah si dia...
penyejuk mata..penenang hati...
di dunia menemani kala sunyi..
di syurga bertambah cinta untuk Mu Ilahi.. 
Tuhan ketemu kan aku dengan ar-rijal yang telah Kau catat dalam kitab suci itu...
aku cuma an-nisa yang berusaha mencari solehah dalam diri..
untuk dipersembahkan kepada Mu Tuhan Maha Tinggi..
jika telah Engkau takdirkan aku sendiri...cukuplah melihatnya bahagia bersama bidadari..
di dunia juga di syurga nanti..
aku bahagia kerana dia bahagia...

Tuhan..aku ingin bersama mereka putera-puteri ku..
pimpin aku agar bisa menjadi ibu solehah..
menjadi tauladan kepada mereka...
sayangnya mereka bukan terpaksa...
kasihnya mereka tulus dari jiwa...

Tuhan..
sesungguhnya aku malu..
terlalu banyak meminta...
terlalu banyak bermohon..
dosaku melebihi ibadahku...
khilafku sering diulangi tanpa jemu..
taubat ku sekelumit cuma...
mujahadahku tidak sekuat mana..
istiqamahku sementara..

Tuhan..
kuatkan aku..
titipkan sifat Maha Perkasa Mu pada ku..
kirimkan sifat Maha Kuat Mu pada ku..
hembuskan sifat Maha Penyabar Mu pada ku..

Engkau Tuhan ku..
Tiada Tuhan melainkan Engkau...

ok...

** Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (14)
** Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. (15) سُوۡرَةُ آل عِمرَان




(^__^)

~bersangka baik dgn Allah stp masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^