kuatkan hati nurani..
lebih suka menyendiri...
lebih byk bicara dgn Ilahi..
tentang segala yang terbuku dihati...
walaupun sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (16) al-Qaf
Dia tahu apa yang saya minta
tapi Dia bagi apa yang saya perlu ada
Dia memberikan rezeki secukup2nya..
kerana Dia Ar-Razzaq Maha Pemberi Rezeki..
alhamdulillah...
Dia selalu ada...dekat di jiwa
Dia selalu ada...waktu suka
Dia selalu ada...waktu duka
Dia selalu ada..walau dimana berada
tapi hati sukar di duga
manusia selalu leka..
dengan dunia..dengan harta..
selalu sahaja..melihat pelangi menaungi orang lain..
ingin mengejar pelangi..agar indah menyelubungi diri
supaya hidup indah disaluti bahagia persis insan lain
namun..
kaki tetap tidak dapat mendaki pelangi...
semakin dikejar..semakin hilang ia menghindar..
hakikatnya...
pelangi itu menaungi semua insan..
cuma manusia itu..
suka mengecapi apa yg tidak dimiliki..
tidak menghargai apa yg telah diberi..
duhai hati mengapa Engkau begini
tidak yakinkah dikau dengan janji Ilahi
duhai jiwa...
tenang-tenang lah tetap di situ
damai lah dengan kehidupanmu
Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada; (4) At-Taghabun
bicaralah dengan Yang Maha Pengasih
diri tidak akan tersisih..
selamilah firman Yang Maha Pemelihara
hati tidak akan pernah kecewa
kerana Dia ada segalanya...
ok..
** sebenarnya saya dah publish entry ni khamis lepas 12/5/2011. tp x tau nape x de pulak pd hr jumaat. sgt2 sedey.. yg ade dlm draft x penuh..jd saya edit mana yang ingat je la...
** suka baca apa khabar jodohku di sini
![]() |
| cuci hati |

sedap suci dalam debu akak. rezeki saya makan suci dalam debu ni.
ReplyDeleteALHAMDULILLAH...rezki Allah bagi..
ReplyDelete