"Membina generasi yang baik memerlukan orang yang baik-baik. Untuk menjadi orang yang baik-baik bukan dinanti tapi dicari. Ia bermula dari diri sendiri. Justeru, saya mahu berkongsi ini.."
"Apa yang kita mahu? Apa yang kita mahu sebagai kakitangan di institusi ini? Tiada lain. Hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap aspek kehidupan.. Jadi, apa yang kita perlu buat? Baiki diri dan bersihkan hati. Pupuk sifat ubudiah. Eratkan ukhwah sesama kita."
Jeda. Nafasnya ditarik panjang.
Slide presentation masih banyak berbaki.
"Daripada ini semua, bagaimana kita nak mula? Sudah tentu dengan solat lima waktu. Solat berjemaah. Surau kita dah sediakan, tinggal turun sama-sama kita imarahkan surau kita. Berjemaah sama-sama. Allah berfirman......
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
9:18
Selain itu...kene baca al-Quran. Tadabbur al-Quran. Saya sangat terkesan dengan ayat 45 dari Surah al-Israk. Allah menyebut....
Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.
17:45
Allah akan melindungi kita daripada perkara-perkara negatif. Allah tabir semua perkara tu daripada datang ke kita. Dengan apa? Dengan baca al-Quran. Al-Quran ni bukan setakat baca saja, tapi kene faham apa yang Allah nak kata."
Allah. Aku jadi teringat beberapa tahun lalu pernah membincangkan tentang ayat 17:45 ini dan ketika itu memerah otak memikir apa agaknya yang Allah hendak sampaikan. Alhamdulillah. Walau mungkin tidak setepat tafsiran para mufassirin, sedikit sebanyak aku mengerti kini.
"Lepas kita lakukan ini semua.Tanya balik diri, apa yang kita nak capai sebenarnya? Apa?"
Hadirin masih bisu membeku. Fokus pada isi bicaranya.
"Untuk membina legasi......."
........bersambung
He..
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^