"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Tuesday, 11 February 2014

berkira, berkira-kira

Khamis. 6 Feb 2014. Surau 

Topik yang dibincangkan didalam Circle kali ini ialah amanah. Sebagai seorang pekerja khususnya. Antara perkara yang dikongsikan salah satunya adalah usah berkira. Usah berkira dalam melakukan tugas-tugas di pejabat walaupun itu bukan tugas hakiki kita, walaupun ia tiada dalam JD (job description) kita. Namun, hendaklah tidak sampai memudaratkan.

Benar. Sesungguhnya benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Allah akan menguji dengan setiap yang dikata.


Allah.
Allah.
Allah.

Tidak perlu menunggu lama Allah uji apa yang kita kata
Sebenar-benar relakah kita memberi tanpa menerima
Ikhlaskah hati tatkala kesempitan itu hanya kita yang rasa
Sejauh mana kita rela tanpa berkira-kira

Allah.
Sakit. Sakit. Sakit.

Sakit kerana ingin memberi tanpa syarat namun hati berkira-kira dengan segala kondisi.
Sakit kerana mulut tetap rela memberikan namun jiwa sakit kerana ia tidak serela hati.
Sakit.
Sakit kerana berkira-kira itu dan ini.

Allah.
Ampunkan aku.
Banyak kali memujuk hati, bahawa segalanya akan Allah ganti, jika bukan sekarang mungkin suatu masa nanti, jika bukan pada diri sendiri mungkin pada anak cucu nanti. InsyaAllah.


Sabtu. 8 Feb 2014. De Palma Hotel, Shah Alam.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. 
(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).


Alhamdulillah. Terima kasih kepada CEO atas segala perkongsian. Kerana sesunggunya bukan kita di institusi ini saja-saja, tapi kerana Allah jua yang memilihnya.


Ahad. 9 Feb 2014. Puncak Broga.


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Terpana dan terkedu tatkala membaca flyers yang dipegang oleh sahabat.

Allah. Subhanallah.

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” 
2:265

Lalu apa lagi, bukankah Allah itu tidak pernah memungkiri janji?

Bersyukurlah atas segala rasa sempit dan sesak yang dirasa kerana Allah sedang mengajar supaya nikmat yang ada tidak digunakan hanya untuk orang-orang tertentu sahaja. Mungkin asbab kebaikan yang dilimpahkan akan Allah gandakan sesuatu dihari depan.

Justeru, semua yang kita miliki akan ditanyakan nanti. Hatta smartphone kita yang canggih yang boleh online itu ini. Apakah digunakan untuk kebaikan sepanjang sentuhan jari. Atau melalaikan hingga habis bateri amik power bank cas lagi lalu meningkatkan bil utility.

Wallahu’alam.







Alhamdulillah.



~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^