"Jika saya ada lima bulan lagi untuk hidup atau enam bulan je. Apa yang akan saya lakukan? Mungkin tidak, mungkin saya hanya ada seminggu je lagi untuk hidup. Apa yang akan saya lakukan, sebagai pekerja, anak. Apa yang boleh saya beri dalam tempoh itu? Saya terfikir perkara ni, selalu. Ok la. Kita tukar. Andai saya ada 100 tahun lagi untk hidup apakah yang akan saya lakukan untuk mengisi tempoh yang panjang itu? "
*hening*
"Sejak kebelakangan ini, saya suka untuk membaca buku-buku sirah kisah-kisah para sahabat. Saya tertarik dengan satu kisah ketika Umar ....
....itu jawapan Umar.."Pernah sekali, ketika Saidina Umar dan sahabat-sahabat sedang duduk di dalam sebuah bilik, Saidina Umar bertanya, "Bermimpilah!".Salah seorang sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan harta yang banyak, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."Kemudian Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"Kemudian, seorang lagi sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan emas dan permata, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"Sahabat berkata, "Wahai Amirul Mukminin, kami tak tahu apa yang ingin diimpikan lagi. Engkau mahukan bilik ini dipenuhi dengan apa?"Saidina Umar menjawab, "Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah, supaya aku boleh hantar mereka ke jalan Allah”
Dan aku yang melihat beliau berbicara di pentas itu terkedu. Betapa indahnya peri akhlak sahabat tapi aku?
Beliau menyambung kata..
"Membina generasi yang baik memerlukan orang yang baik-baik. Untuk menjadi orang yang baik-baik bukan dinanti tapi dicari. Ia bermula dari diri sendiri. Justeru, saya mahu berkongsi ini.."
........bersambung
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~
terimakasih atas perkongsian~
ReplyDeletemay Allah bless~ =)