Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Alhamdulillah.
Untuk segala berita, ceritera, kejutan duga juga tiada terduga.
Alhamdulillah.
Atas segala senyum, ceria, tawa, gembira, hiba, duka, amarah juga tiap titis air mata.
Alhamdulillah.
Bagi segala peluang, pertemuan, percintaan, kasih, sayang, perhubungan, perpisahan, kejauhan, kerinduan juga kehilangan yang sebenar-benarnya tiadalah hilang kerana segalanya adalah pinjaman.
Alhamdulillah.
Bagi yang sentiasa menemani, berada disisi juga doa dan ingatan.
Alhamdulillah.
Atas segala luangan masa.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Tidak cukup aksara untuk mengait madah.
Segalanya.
Segalanya.
Segalanya.
"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri.
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Janganlah Engkau Ya Allah biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan, perkenankanlah."
Ya Rabb...Alhamdulillah yang tidak terhingga atas jelmaan kasih, rindu dan cinta kepada mereka juga.
![]() |
| Alhamdulillah. Semoga semakin hari semakin sayang. |
Alhamdulillah.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~


No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^