“Tarik nafas
dalam-dalam.......push..push..push..”
“........”
“Cah....akak pulak yang over
ni..seram pulak tengok tu”
“Die tengah meneran tu kak..”
“Tarik nafas
dalam-dalam....push..push...push...”
Baca doa Nabi Yunus dalam perut
ikan Nun. Istighfar banyak-banyak.
Selawat. Selawat.
Isnin
Sedang aku
leka menonton Sinetron Ketika Cinta Bertasbih – Meraih Ridho Ilahi, Mimi sudah
tidak keruan. Ke hulur ke hilir. Lompat masuk almari. Geledah kotak-kotak bawah
katil. Apa-apa saja yang boleh. Nak beranak la tu..
“Mimi...”
“Mimi!!!”
“Mimiiiiiiiiiii....”
Dah rasa macam tarzan
terjerit-jerit sengsorang kat bilik dengan Mimi. Teringat masa jaga anak-anak
Kak Niza awal tahun lalu. Hihi..
“Minggu depan sape je cuti?” tanya
SE baru.
“H, A, N. Saya nak cuti gak tapi
tunggu lepas kucing saya beranak...”
“Tunggu apa?”
“Tunggu lepas kucing saya
beranak...”
*SE gelak*
Maghrib.
“Mimi makan ke tadi Cah?”
“Sikit je..tanak makan sangat...”
“Dah tak selesa kot..nak beranak
dah akak rasa..”
Mimi tidur macam biasa. Posing ala
ala diva macam biasa. Jilat jilat bulu macam biasa. Tapi selamba je dia buat
macam biasa padahal dah turun darah dan dah berair je die punye tuuuuu...
“Mimi...masuk dalam kotak..dah
berair-air ni.. dah nak berdarah dah ni...”
Namun, seperti selalu. Sejadah
itu yang dituju. Walaupun sudah berada di dalam kotak di bawah katil, ketika
aku sedang mendirikan solat Maghrib, Mimi datang menghampiri seperti selalu
duduk dan berbaring di atas sejadah hingga selesai solatku. Mimi mimi. Dalam keadaan
seperti itu, dia tetap ingin berbaring di atas sejadah dan turut serta dalam
solat. Bagaimana hati tak jatuh sayang?
![]() |
| Subuh | 22 Disember 2013 |
Ku toleh kiri. Aishah sedang
solat sendiri. Tapi sejadahnya melintang.. hahahaa... bila ditanya kenapa lepas
siap solatnya.. katanya, nanti kalau Mimi nak join jugak besar sikit ruang
Aishah nak ke tepi.. hihihi...dah agak dah..sebelah tu untuk Mimi ‘solat’
sekali..
Mimi tidak betah duduk di dalam
kotak yang ada di bawah katil. Asyik keluar masuk keluar masuk. Panas barangkali.
Agaknya la.. kotak di keluarkan sedikit. Cukup untuk terkena angin kipas
siling. Tapi dia tetap begitu. Aku fikir dia malu justeru tidak mahu untuk mengeluarkan
kotak itu. Tapi asyik tak betah je. Terus keluarkan dari bawah katil letak di
tepi katil. Pertama kali tengok kucing beranak depan mata. Rasa seram bila
tengok Mimi ternganga lama seperti anjing dan serigala. *boleh bayangkan tak?*
Perutnya mengeras. Mimi meneran..
Rasa kesian. Aku bawa air dalam
gayung yang selalu Mimi minum tu.
“Mana akak tau Mimi
dahaga...lajunya dia minum..”
“Ermmmm...entah. Penat kot
meneran..hehe”
#banyak sangat tengok drama aku
ni... -.-“
“Tarik nafas
dalam-dalam.......push..push..push..”
“........”
“Cah....akak pulak yang over
ni..seram pulak tengok tu”
“Die tengah meneran tu kak..”
“Tarik nafas
dalam-dalam....push..push...push...”
Baca doa Nabi Yunus dalam perut
ikan Nun. Istighfar banyak-banyak.
Selawat. Selawat.
Bukan Mimi yang baca, tapi aku
le... Siap baca Surah Insyirah lagi sambil usap kepala dan perut Mimi supaya
Allah permudahkan.. hihi... Sorry la Mimi, kami berdua ni tade pengalaman
beranak lagi.. Eh.
Mimi keluar dari kotak.. boleh la
pula kan...
“Cah! Dah keluar lendir ni...cane akak nak angkat ni ... Mimi! Masuk dalam
kotak..”
“Haaaa????”
Seram nak pegang Mimi. Tak tau
posisi mana yang sesuai untuk dipegang. Elok masuk dalam kotak. Nampak dia
meneran lagi dan tiba-tiba Mimi nak melompat keluar dari kotak. Padahal anak
dia dah terkeluar sikit..... Aishhh Mimi ni... nasib baik sempat tangkap Mimi
daripada terkeluar dari kotak.
Alhamdulillah... Pada jam 9.00
malam Mimi melahirkan yang sulung.. hihihi..
“Mimi! Ini beranak kali kedua
tau! Tak kan nak kena ajar jugak...aish...”
Terkebil-kebil Mimi memandang.
“Cah! Dah keluar Cah.. Yang
kedua!”
“Dah????”
“Cah rekod Cah... kul brape?”
“9.33 kak....”
“Yak!! Tengok la tu.. dia tengah
makan uri anak dia..nampak tak..yang mcam daging tu...”
“eiiiiieeeeiiii......”
“Macam tengok cerita seram pulak.
Rakusnya Mimi makan.. hehe..”
“Yang kedua ni putih... Macam
ayah dia....”
“Aah la...”
Seronoknya tengok Mimi
melahirkan. Rasa ... Tak dapat diungkapkan rasa tu.. Tiba-tiba keluar baby. Rasa
nak jugak rasa.. hihi.. Rasa nak nangis tapi tak keluar air mata. Rasa ... dah
tak tergambar rasa dok sebelah Mimi ketika melahirkan. Apatah lagi jika ianya
benar-benar manusia ya. Allah.
Izinkanlah aku.
Subhanallah..
“Kadang-kadang kan Cah akak-akak
kat opis rajin cerita pasal benda-benda ni la..akak dah rasa sakit, ngilu semua..bayangkan
tempat keluar tu kecik je.. keluar-keluar je haa....amik ko besar dalam 3 kilo...”
Subhanallah..
“Cah, cane ek agaknya baby kucing
dalam rahim mak die.. Kalau manusia selalu la tengok video-video yang ada. Teringin
gak nak tau.”
Subhanallah...
“Cah, Mimi ni lain macam je.. Ade
lagi kot. Bunyi pelik je. Perut die keras lagi ni..”
“Mimi...kan dah kate cukup dua
je..”
“Cah! Dah keluar. Tengok tu...”
“Mana mana?”
“Tu nampak tak...”
“Kaki dia.. tak keluar habis lagi
tu.. eeeiiiiiiiii... Mimi..”
“Kaki dia keluar dulu ek...songsang
...eh”
“Dah..! dah..! dah...! eeiiiiii...berlendir-lendir..”
“Cah...memang la..kita keluar
dulu pun cam tu gak...aishhh...”
“eeeeiiii.......”
“Cah rekod Cah... Kul Bpe?”
“10.01 pm”
“Ok..nampaknya setengah jam
setengah jam..tengok kul 1030 nati cane..”
“Haaa?? Dah la Mimi.. dah..”
“Hahaaa...”
Alhamdulillah..atas pengalaman yang berharga.
Mimi terus tertidur lepas bersihkan anak-anaknya. Subhanallah. Melihat Mimi melayan, membersihkan anak-anaknya, apa lagi kebesaran Allah yang hendak dinafikan. Manusia, selepas melahirkan perlu bantuan orang lain untuk itu dan ini. Kucing yang tidak punya akal sihat buat semua sendiri. Subhanallah. Subhanallah. Allahuakbar. Ya Allah selalu aku buta dengan kebesaranMu yang ada di depan mata dan tidak mahu memikirkannya.
Tak tahu la nak rasa apa... Macam-macam rasa.
Mimi mesti penat kan.. Tidur la tidur..
"Kesian Mimi.."
"Mimi tidur dah Cah.."
"Nampak macam senang je...tapi mesti penat..."
"Beranak Cah...mestilah sakit.."
Subhanallah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
![]() |
| 24 Disember 2013 Dari kiri along, angah, busu. Bancuhan warna yang sekata. Subhanallah. Cantik warna anak-anak Mimi. |
Lagi satu...
Mimi ni pembersih. Sangat. =)
Alhamdulillah.
"Cah, macamana nati kalau akak pergi?"
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~



No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^