"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 9 December 2013

belajar syukur

Ceritera 1

“N...!! Suami Husna meninggal!”
“Mane hang tau wei?”
“Schoolmate kami bagitau tadi”
“Bila?”
“Baru ja sat sat tadi....”
“Allah.... Innalillahiwainnailaihirojiuun...”

Baru saja rasanya memenuhi jemputan walimah Husna pada penghujung 2011. Baru saja rasanya melihat Husna merias dan menggubah hantaran yang berderet di tangga rumah sewa kami. Baru. Saja. Baru setahun enam bulan rumahtangga mereka. Allah mengambil kembali satu pinjaman yang dipanggil suami. Tarikh itu, tatkala anakanda mereka genap 8 bulan usianya...


Ceritera 2

“Aku nak datang. Nak culik kau!”
“Datang la kalau kau berjaya culik aku. Aku tinggal dengan family.”
"Family?"
“Kalau kau tahu, mesti kau tanak kawan ngan aku lagi kan? Mesti kau tak maaf kan aku kan?”
“Apa yang kau dah buat? Laki tu buat apa dengan kau? Apa yang kau dah buat sampai tak boleh nak bagitau  family sendiri ni?”
“Aku dah kahwin... dah lebih setahun dan family aku tak tau..”
“Astaghfirullah al ‘azim..... apa kau buat ni? Kenapa boleh jadi macam ni..?”
“Aku nikah cara sah. Cuma dosa aku sebab tak bagitau family je. Mak and ayah tak suka..”
“Kau kawen ngan sape sampai mak ayah tak leh terima ni?”
“Duda anak lima...”
“Allah.....”

......the rest is history......

Masih jelas esak tangisnya di hujung talian menahan rindu dan beban sebuah kejauhan. 
Enggan mengulas.


Ceritera 3

“Eh...? kenapa ada kasut budak?”
“Kenalkan ini Shamsiah...ini Aliya”
“N..” senyum ku tertumpah pada si kecil itu..

Langkah di atur ke bilik di tingkat atas. Terlihat seorang ibu tua yang sedang tidur dalam keadaan duduk di kerusi.

“Siapa?”
“Mak Shamsiah..”
“Mak?”

Pintu bilik ditutup. Terlalu banyak kemusykilan ni...

“Kenapa mak dia ada kat sini? Aliya tu tadi anak dia ke?”
“Dia anak tunggal. Dah tade sesiapa kat kampung. Jadi bawak la mak dia duduk sekali. A’ah. Anak dia. Umur 6 tahun..”
“Suami?”
“Dah bercerai..”
“Owh.....Umur dia brape?”
“Sebaya akak..”
“Owh....”

Melihat ibunya, terkenang ayahbonda. Alhamdulillah, andai apa pun berlaku mereka sudah punya tempat berteduh. Rumah yang dibina hasil titik peluh sendiri. Walau tidak se’mahligai’ mana. Sudah cukup besar untuk kami semua.

..........

Aku tersentap dengan teguran Tuhan. Melalui mereka, aku sedar aku masih belum pandai bersyukur. Aku masih belum benar-benar patuh dan akur. Hingga kadangkala aku jatuh dan tersungkur. Parah dan bernanah kerana sendiri yang mencari padah. 


Bukan tidak redha
Tetapi hanya hendak mengadu pada Mu

Hijjaz

Ya, ada masa memang aku belum benar-benar redha. Aku masih belajar redha. Aku masih belajar syukur. Astaghfirullah al ‘azim.

Allah
Bantu kami kekal taat dalam nikmat
Allah
Bantu kami kekal tabah dalam mehnah
Dalam sabar, terkadang syukur itu tertinggal
Dalam sabar, terkadang yang terdengar keluh kesal
Allah
Astaghfirullah al ‘azim

Dan aku memang belum benar-benar pandai bersyukur dan ada masa tak sedar diuntung.



"Kerana yang kita pandang cantik dan hebat di mata kita 
belum tentu akan cantik dan hebat bila bersama kita" 

"Masing-masing ada bahagian masing-masing. 
Ada yang dapat ini dulu, ada yang dapat itu dulu" - Bonda



~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

2 comments:

  1. :') subhanallah.. perkongsian hati yang membina jiwa.
    In doakan kak nurul yang disayangi masuk syurga kerana selalu sabar dengan segala ujianNya. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiiinnnnnnnn.....

      In jugak. Berjiran sama-sama ye... InsyaAllah..

      Masih belum cukup sabar... Semoga Allah terus pimpin ke jalan yang lurus..

      Delete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^