"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Tuesday, 7 January 2014

Bagaimana aku tak cinta

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah. 
2014 sudah. 
Semakin pendek usia. 
Semakin kematian menjengah kita.


Riadah mengadap kubah biru itu. 

Alhamdulillah.


"Jihad dalam menuntut ilmu. Bukan senang. Dalam masa sekarang ni, dengan petrol dah naik tuan puan gigih lagi ke sini. Nak menuntut ilmu. Jihad jugak tu. Yuran pulak naik tahun ni, tetap jugak daftar nak belajar. Jihad jugak tu. Alhamdulillah. Subhanallah."


Antara ucapan kata-kata semangat dari Imam Besar MSSAAS Ustaz Mustapha ketika taklimat pengajian bersijil pagi ahad kelmarin.


Subhanallah. Alhamdulillah.

"Semoga dengan segala sen harta yang kita keluarkan untuk meneguk ilmuNya, akan Allah ganti nanti. Kita bukan belajar ilmu bukan-bukan. Tapi ilmu akhirat. InsyaAllah. Segalanya akan Allah balas dengan harga syurgaNya."


Allah.

Ya Allah. Semoga segalanya yang kami keluarkan untuk menuntut ilmu Mu, Kau pandang dengan penuh cinta dan berbalas syurga.


"Kata seorang pensyarah, jika Kelantan itu adalah serambi mekah, maka Shah Alam ini adalah pondok terbuka."


Subhanallah.

Bagaimana, bagaimana aku tidak cinta
Ke sini sana kubah biru itu sentiasa ada

Ya Allah.

Bagaimana aku tidak cinta. Bagaimana?

Ya Allah, izinkan aku terus-terusan merindui kubah biru itu dan juga izinkan aku agar dapat terus di sini di bumi anggerik ini membina jiwa juga keluarga suatu masa nanti. InsyaAllah.


Bagaimana, bagaimana aku tidak cinta
Beriadah di sini kubah biru itu setia menemani.
Ya Rabb..


Bagaimana
Bagaimana aku tidak jatuh cinta.



Maghrib.
Kubah itu yang selalu ku rindu.
Di bawahnya ada saja yang aku adu

Alhamdulillah. Kelas Talaqqi akan bermula malam ini. Setiap selasa dan jumaat.

Alhamdulillah. Natijah imtihan lepas membolehkan untuk naik ke kelas lanjutan.

Mohon doa dari semua. Agar terus-terusan diberikan kekuatan fizikal dan juga jiwa.

Izinkan Tuhan, agar aku terus di sini. 
Di Bandar Anggerik ini. 
Menyemai kasih dan bakti di negeri kelahiranku sendiri..
Amiinnnn.....


*berat kaki melangkah pergi apatah lagi hati yang sarat memori

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

1 comment:

  1. teruslah menulis untuk pupuk cinta DIA~ =)
    Salam Maulidur Rasul
    .mayAllahbless.

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^