"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Wednesday, 24 October 2012

tanya sama hati


sini
yummy

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
Masih diberi kesempatan menghirup nafas percuma di bumi Tuhan ini. Alhamdulillah. ^___^

*tarik nafas dalam dalam*

"Tade semangat nak buat apa-apa. Lemau je.. Huh.."

"Kalau rasa tade semangat, sedih ke atau rasa tak senang, kita kena cari titik hijau dalam diri. Green point! Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang cakap. Cari sebab untuk kita ceriakan balik hari kita. Cari kat mana benda yang boleh buatkan mood kita ok balik. Ada setengah orang tu, call mak. Dapat cakap ngan mak je mood dia dah ok. Ada orang tu pagi-pagi dia kena minum nescafe. Orang lain pulak buat macam ni macam ni.." 

*sepi*

"Memanglah. Kekadang cenggitu. But, life must go on. Go go go go andddddd gooooooooooooo. Heee"

"Green point! dimanakah ?"

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Tanya. 

Koreksi diri. Adakala dalam menjalani hari. Tika badan lesu tak terperi. Saat sibuk dengan duniawi. Masih adakah Tuhan di hati atau hanya hadir tatkala solat diladeni?

Tanya sama hati.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Hati kurang sensitiviti. Rasa jauh dari Ilahi. Tambahan pula ibadah sudah kurang seri. Menambahkan lagi ketidakstabilan emosi. Jentik hati. Ketuk nurani. Terlalu banyak dosa yang menyelubungi? Malah makin meningkat saban hari? Taubat jarang diperbaharui. Namun dalam iftitah dan ma'thurat memperbaharui janji. Tetap juga dimungkiri. 

Tanya sama hati.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Allah al-Wadood tidak pernah menjauhi. Lalu dicampakkan rasa tidak senang ini. Membuat hati gundah tak henti. Bersyukurlah Allah kurniakan rasa. Kala tidak senang dengan ini semua. Kerana Allah sayangkan kita. Kerana Allah ingin menjaga. Agar tidak jauh terpesong lupa padaNya.

Tanya sama hati.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Manusia lumrahnya bersifat lemah. Sering lelah dalam resah. Selalu mengalah sebelum rebah. Buangkan egomu. Basahkan anggotamu. Sujudlah kepadaNya Yang Satu. Sungguh Dia merindu. Aduanmu. Esak tangismu. Bersungguh-sungguh meminta apa yang kau mahu. Kerana Dia ingin memberi. Cuma terkadang manusia itu terlalu sombong untuk mengulangi.

Tanya sama hati.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Jikalau tidak kerana sayang, rasa tidak senang itu tidak mungkin datang.

Kerana Allah terlalu sayang. Kerana Allah terlalu cinta.

^___^

Teringat tazkirah ringkas oleh Kak Nor tatkala kembali dari surau sesudah asar beberapa hari lepas di dalam lif kala ada keluhan mengenai kerja yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Dalam senyum dan lembut Kak Nor mengkhabari;

"Setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Islam ni indah. Islam ni syumul. Boleh jadi sesuatu yang berlaku itu untuk kebaikan kita. Ada hikmah yang kita tak tahu. Mungkin juga apa yang berlaku itu adalah istidraj yang Allah bagi untuk melekakan kita lagi. Islam ni banyak segi. Bukan satu dua je. Yang penting kita sangka baik selalu dengan Allah."

*senyum*

Namun kata-kata ini -----> "Mungkin juga apa yang berlaku itu adalah istidraj yang Allah bagi untuk melekakan kita lagi." Menusuk ke lubuk hati. Mungkinkah? Segala yang berlaku sekarang ini? Mungkinkah? Istidraj yang sedang Allah lemparkan. Allah

Tanya sama hati.

Pelihara kami dari segala kemungkaran. Jangan kerana seekor kerbau terkena lumpur semuanya terpalit sama. Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

********

sini
Perihal kerja adakala menyesakkan. Namun semua perlu diteruskan. Tidak sah hidup tanpa cabaran. Mungkin saja kerana sedikit kelalaian dan dosa yang terabaikan, ibadah dirasakan kurang memuaskan tidak lagi memberansangkan. Astaghfirullah. Bangkit semula. Walau 100 kali jatuh kebumi, pastikan 101 kali kita berjaya berdiri. Teruskan. Kala emosi tercabar, amarah kadangkala sudah sampai takat 150%, apa yang perlu hanya istighfar. Gagahkan senyum. Walau terpaksa beraksi seperti biasa. Tatkala hati meraung meronta-ronta teringat sebuah kata dari adinda 'Atiyah ... 

"Tuhan, ajar aku membungakan senyum di luar pada detik genting aku hujan di dalam."

Ya. Entah mengapa hari semalam benar-benar mengajar diri ini mengawal emosi amarah dan kecil hati. 

^___^

Kekalkan senyum ku gagahkan manis muka ku walau hakikatnya badai gelombang menghempas di dalam. Biarkan tersembunyi. Tidak perlu dipamerkan emosi.

nota tongkat belacu saya:
Untuk yang ber'gtalk' dengan saya semalam, syukran jiddan kathiran. Asbab perbualan kita itu, Allah ilhamkan untuk menulis entry ini.

nota tongkat double stand belacu saya:
nasihat panjang lebar untuk diri sendiri. semoga ada ibrah yang boleh dikongsi. ^__^ alhamdulillah

:: tanya sama hati ::
lagu dendangan P.Ramlee & Zaiton dalam Filem Anakku Sazali
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

3 comments:

  1. tanya sama hati..
    siapa teman sejati..
    nnt jawab diri..
    yg tulis entry ini..

    hihihi..

    ReplyDelete
  2. Terlihat satu nama dalam entri ini, teringat...alhamdulillah semalam kami diizinkan-Nya menziarahi Rumah Kelahiran Allahyarham P.Ramlee di Pulau Pinang... :)

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^