"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Tuesday, 23 October 2012

cuba tanya



sini

Dalam sehari cuba tanya pada diri
 berapa kali kita sedar yang
di sisi ada rakib dan 'atid yang mencatit.

Dalam sehari cuba tanya pada diri
berapa kali ada sikap ihsan dalam diri.

Dalam sehari cuba tanya pada diri
berapa banyak jiwa yang tersakiti
tanpa kita sedari.

Dalam sehari cuba tanya pada diri
berapa banyak amal dilakukan kerana Ilahi
bukan semata tuntutan duniawi.

Dalam sehari cuba tanya pada diri
berapa nikmat yang terlupa kita syukuri.

Dalam sehari cuba tanya pada diri
berapa banyak keluhan meratapi takdir
yang tidak selari dengan kehendak hati.

Dalam sehari cuba tanya pada diri
berapa perhatian manusia yang di cari
berbanding meraih simpati Ilahi.

cuba tanya walau sekali

melodi jiwa
07 zulhijjah 1433
MSSAAS


"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. "
57:16

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

5 comments:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^