"Kenapa ada glob?"
"Sebab saya suka tengok glob!"
*angguk-angguk*
"Saya tak mampu nak pergi tempat-tempat tu, tengok glob pun jadilah ^__^ "
*gelak*
![]() |
| curik dari atas tibi kat mahligai ayahbonda ^^ dan saya akan pastikan glob mengadap saya dgn paparan peta dari negara-negara timur tengah. ^______^ |
Teringat ketika kecil memang bonda sudah ajar tempat-tempat penting di Malaysia. Setiap negeri, ibu negeri dan bandar-bandar diraja bagi setiap negeri. Seingat saya pengetahuan tentang perkara ini telah saya perolehi sebelum mengaji subjek Kajian Tempatan lagi. Masih segar juga diingatan, ketika tahun 3 di sekolah rendah, saya suka bermain 'cikgu-cikgu' di kelas. Soalan yang diberi adalah Pengajian Am. [dah macam STPM pulak ^^] Soalan haruslah berkisar tentang ibu negeri dan bandar diraja bagi setiap negeri. Juga sungai terpanjang, negeri terbesar/terkecil dsb. *kesian kawan-kawan saya* Kawan yang lain pula perlu bagi soalan dari sisi lain seperti Matematik, Bahasa Melayu dll.
![]() |
| glob yg dicurik tadi letak kat opis ce cari ce cari. nampak tak? ups!! model perlu masuk sekali yer. [bersepahnyermeja] oh! saya sudah tidak lagi duduk disitu sejak september |
Ayahanda pernah bawa balik sekeping peta dunia yang panjangnya sepanjang katil saya dan ditampal di dinding bersebelahan katil saya. Bukan saja ditampal malah bonda siap alas peta tersebut dengan plastik [ala..macam kita balut buku sekolah tu] supaya tidak diconteng dan basah terkena hujan [atas peta tu tingkap bilik]. Errrr...uols boleh bayangkan ker? *garugaru kepala*. Jadi setiap hari saya akan secara sengaja atau tidak akan terpandang peta tersebut [dah hari-hari masuk bilik kan?]
Namun apakan daya, tiba masa untuk berpindah ke rumah baru, glob tersebut eh peta sudah tidak berapa nak sihat. Akibat-akibat penuaan dan sudah tiba waktunya untuk disemadikan di lori alam flora. [hu.hu.hu.] Oh peta duniaku.
"berangan la tu"
"eh? haha"
"dah dah tido!"
"selamat malam kak"
Kak Zura selalu dapat tangkap kalau saya sedang mengelamun 'usha' glob sebelum tidur. ^^ Tapi bukan tiap malam pun. Kalau rasa nak 'usha' lelama tu tengok la. Kalau tak, pandang camtu camtu jer.
Oh yer..saya sangat teruja untuk memiliki glob yang dijual di MPH. Sebab glob tu pakej dengan soalan-soalan pengajian am tentang dunia. Tapi disebabkan ianya agak mahal, jadi terpaksalah saya menggugurkan niat untuk membelinya dan sedaya upaya berusaha untuk cari glob lain yang lebih murah.
Oh yer..saya sangat teruja untuk memiliki glob yang dijual di MPH. Sebab glob tu pakej dengan soalan-soalan pengajian am tentang dunia. Tapi disebabkan ianya agak mahal, jadi terpaksalah saya menggugurkan niat untuk membelinya dan sedaya upaya berusaha untuk cari glob lain yang lebih murah.
Alhamdulillah. Allah izinkan. Jumpa. RM 5 je kat kedai Hinode. ^^ Senyum lebar tak sudah dalam kedai tu bila terjumpa. ^_____^ Glob Hinode ni yang saya 'usha' sampai Kak Zura perasan. Letak kat atas kabinet Kak Zura yang bersebelahan dengan katil saya. ^^
| kenapa perlu mawar pink tu pun saya kurang pasti glob RM5 Hinode ^^ |
Glob, tidak mampu kukeliling bumiNya hanya mampu kuputarkan mu ikut suka.
![]() |
| nak ni nak ni nak ni ada sape2 boleh carikan? *kekelipmata* |
"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."
67:15
nota tongkat belacu saya :
oh yer..kak zura secara rasminya akan memulakan tugas di JB pada Isnin depan. Rezeki orang baru mendirikan rumahtangga. ^^ Naik pangkat dan alhamdulillah permohonan untuk bertukar ke Johor agar dekat dengan suami Allah perkenankan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. ^^ Selamat ye kak. Barang-barang yang masih ditinggalkan akan saya dan Nad guna jaga elok elok. ^__^
nota tongkat double stand belacu saya:
sudah hampir ke hujung tahun. Alhamdulillah. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Lebih-lebih lagi dalam peningkatan ilmu dan amal. Juga kematangan diri. Tahun depan, masih belum pasti adakah bisa dijejaki atau hanya terhenti di sini.
~bersangka baik dengan Allah setiap masa~



patut la teror ngat bab2 negara neh...termasuk la nama2 n anak brnak sultan...ehehe...
ReplyDeletehahha...minat sejarah pun yer...except politik hihii..
ReplyDelete#Alhamdulillah..
*senyum sampai telinga*
ReplyDeletepatut la..itu kisah disebalik bumi kecil rupanya.. :)
bumi kecil ituuuu
Delete^__^
*sila lebarkan lagi senyum sampai ubun2 duhai aton!*
*malam nanti siap lah bumi kecil tu dicalarkan*
ReplyDelete*sorok gelob*
Delete