"Assalamu'alaikum..sahabat, aku mohon maaf jika ku terkasar bahasa, tersalah bicara yang mungkin membuat hatimu terguris. Ku hanya insan biasa yang tak sempurna..Aku sayangkan kamu kerana Allah."
11.13pm, 3/7/2011
terkedu dan teruja dapat sms ni dari seseorang..sahabat...mengimbau kembali bagaimana kami bertemu..bagaimana kami menjadi akrab...rasanya bertemu baru beberapa kali...belum sampai sepuluh kali...tapi selalu berhubung lewat e-mail dan sms...alhamdulillah.. Allah hadiahkan seorang lagi sahabat..moga dapat bersama dia di bumi cinta-Nya..menyulam kasih di syurga-Nya..moga kita sahabat hingga syurga..wahai sahabatku..
kaku jari tuk membalas mesejnya..dibiarkan sahaja ia berlalu.hinggalah terjaga pagi esoknya. baru dapat ayat yang sesuai utk membalas kata-katanya.
"tidak pernah rasanya kau terkasar @ tersalah bahasa hingga membuat hatiku terguris luka..telah kuhalalkan segala..kita sahabat sampai syurga..mudah-mudahan dengan izin-Nya, bahagia di sana.."
5.55 am, 4/7/2011.
alhamdulillah..bahagianya rasa..hati berbunga ceria..indah bagai purnama..tika malam diselubung gelita..Kau hadirkan mereka sebagai sahabat-sahabat ku untuk memeriahkan suasana..tidak cukup setakat itu...mesej darinya kembali menjenguk hp sony kesayanganku ini..
"Amiin. Terima kasih ukhti. Tegurku jika ku terlalu alpa dgn dunia."
6.44 am, 4/7/2011
semoga kau juga sudi menegurku..hatiku berkata...
"sama-sama..aku juga. semoga kita sama-sama meraih redha-Nya..Amiin.."
6.47 am, 4/7/2011
mesej pagi itu tamat di situ..namun hakikatnya hati-hati kami sentiasa menyatu.. walaupun jauh beribu batu..matlamat kita tetap satu..mengharap redha-Nya selalu..bahagia di Syurga-Nya tempat dituju..
sayang mereka kerana Ilahi..
iman di dada menjadi paksi..
hubungan yang terpatri..
moga selamanya direstui..
melodi jiwa bahagia
sahabat hingga syurga
tempat keje...
ok..
** jumpa kawan2 sekolah menengah dipesta buku..unplanned reunion..Alhamdulillah..
** suka mesej dari kamu.. "hatiku hanya untukNya. Bg chance saya bcinta dgn shbt dulu.." bercinta sampai syurga..(^__^)
~bersangka baik dgn Allah stp masa~
jawapanrindu: alamak. ayat itu dah ditrademark :D
ReplyDeletebelum cop sirim..xleh trademark lg..
ReplyDelete(^__^)