"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Thursday, 28 July 2011

bukan ustazah pilihan

scene 1
 
tangga umah nenda.
 
"nanti dah besar jadi cikgu je. ustazah ke. keje separuh hari. kalau jd cikgu (sek. keb.), tengahari dah boleh balik. kalau jd ustazah (SRA), tengahari br pegi keje. leh jaga anak separuh hari. anak2 leh jaga sendiri. x yah anta rumah orang.."
 
kaki yang berjuntai di bawah tangga saya ayun-ayunkan sambil dengar nenda bercerita selang 1-2 tangga tinggi sedikit dari tempat duduk saya. (mmm..dah lama x lepak2 dok kat tangga umah nenda mcm zaman sekolah dulu..) mengangguk dan mengiakan. ada gak la cita2 tu suatu ketika dulu..berpikir - dah besar jadi apa plk yer..? mungkin butir2 kata diatas bukanlah 100% asli. x ingat waktu sebenar perbualan di atas. kalau tidak silap ketika usia saya sekitar 8-10 tahun. sudah terlalu lama. jadi cikgu? ustazah?
 
bukan ustazah pilihan
sini
scene 2
 
UPIC, Putrajaya
 
R*** :  ustazah!! 
saya:  erk!!, saya?  (sambil menunjuk kearah diri sendiri)
R*** :  ye la
saya:  ustazah?? saya bkn ustazah la..
R*** :  ustazah!!
saya:  %$##@&... pape la..
 
selama 2 minggu berkampung di Putrajaya untuk program UUM PRIBUMI INVESTMENT CAMP, R*** memanggil saya ustazah.. hu.hu..hu... sedang ahli2 kumpulan lain memanggil saya dengan nama yang ayahbonda beri.. R*** pula memecah tradisi. xpe asalkan ianya panggilan yang baik. kata2 itu kan doa.
 
;dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.  49:11

scene 3
 
opis
 
"ustazah..! come..."
"ustazah..! x makan..?"
"ustazah..please send bla..bla...bla..." -message-
 
mmm..sbnrnya byk lagi dialog yg menggunakan word ustazah ni...
 
bos baru panggil saya ustazah..adehh...!! segan lak rasanya... mcm x layak jer..
 
tetibe saya teringat status ustazah Noraslina Jusin di FB beliau bbrp bulan lalu... (jenuh saya scroll wall FB beliau smpi ke bwh utk cari status yg dikehendaki....hee..he..)
 
Sudah dua kali disapa penjual di kawasan jualan booth di Giant,"Kakak cikgu ye?" Saya tersenyum membalas, "Bekas cikgu," Lalu meminta maaf dan berlalu menyelesaikan urusan membeli barang. Memang 'muka' saya ni muka cikgu atau itu hanya teknik ambilhati penjual utk saya mendekat:) Apapun,yg penting, biarlah kita dikenali sbg org yg baik melalui gaya dan penampilan kita. -april 2011-
 
 
mmm..biarlah kita dikenali sbg org yg baik melalui gaya dan penampilan kita. (suke!!)
 
Bukan penghargaan dan pujian yang dipinta tatkala penampilan diri agak sedikit berbeza dari sekeliling kita. Jauh sekali kejian dan kata nista. Apa yang dilakukan perlulah mempertimbangkan pandangan Yang Maha Esa bukan manusia. Semoga panggilan tersebut merupakan satu doa untuk saya menghadapi hidup yang tak kan berhenti di uji. Juga satu peringatan dari Ilahi. Seolah-olah DIA sering membisikkan ke dalam hati berwaspadalah dalam setiap gerak geri. Sepanjang masa ada saja mata yang memerhati. Pandangan manusia tak pernah lari apatah lagi pandangan DIA yang Maha Pemerhati.
 
seronok bila baca post ini. kerana saya juga pernah mengalami.
 
jika di entry ini menjadi kaunselor adalah kerjaya sampingan saya, di entry ini pula saya katakan ustazah bukan lah kerjaya rasmi saya. namun saya selalu ingat akan kata-kata ni.. "seseorang yang mengajarkan kamu, walaupun satu huruf, dia adalah guru kamu" - sabda Nabi SAW. mungkin secara tidak sengaja ustazah juga adalah kerjaya sampingan saya. he..he....he...byk dah ngajar org ni....just nk bgtau ramai sgt cikgu saya..kat mana2 je saya berguru..
 
ok..
 
** lagi sekali di ulang... " dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."  49:11

~bersangka baik dgn Allah stp masa~

1 comment:

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^