"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 25 July 2011

21 syaaban 1432 = gembira

banyak yang nak dicerita..namun, bagai tiada daya mengungkapkan kata..walau telah banyak isi yang tertera..tulis itu tulis ini tak cukup pena..kurang penanda wacana utk menghubungkan semua..pelbagai ilmu yang diperoleh pada sabtu 23/7/2011 yang cukup bermakna..

Awal pagi gerak ke FEWWIT di IPG Kampus Ilmu Khas di Bandar Tun Razak. Tengahari bergerak ke PWTC untuk mendengar bedah buku 'DIMANA DIA DI HATIKU' oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Bermukim di Bazar Tilawah hingga Maghrib menjelma. Macam-macam yang dapat di sana. Lepas Maghrib masuk Dewan Merdeka. Menghadiri Majlis Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa. Keterujaan sangat ketara. Hampir tidak percaya. Selama ini hanya kaca TV menjadi perantara. Namun kelmarin semuanya di depan mata. Alhamdulillah Allah mengatur segala.

bersama mereka di
fun exiting weekend with iLuvislam team = FEWWIT

terlalu banyak nak cerita. tapi tak tau la kenapa. jari longlai menaip kata. minda seakan tiada bicara. mungkin kerana terlalu gembira. hari sabtu penuh bermakna. dari awal pagi nafas di hela. perjalanan memakan masa dan ketika. namun musafir ini bukan sia-sia. ilmu yang diperoleh dikongsi bersama. rasa bahagia tidak terkira. bertemu semula sahabat lama. seiringan langkah bersama. uhkwah baru juga terbina. walau berkenalan hanya seketika. bagai telah kenal lama. ada magnet di hati kita. saling tertarik kerana iman di dada. Allah menjadi penghubung utama. moga ukhwah kekal selamanya. sehingga akhir hari mataku terlena. tiada apa mampu di bicara. hari sabtu itu merakam semua.  21 syaaban 1432 sangat istimewa. Alhamdulillah. Pada - Mu Tuhan Kau beri peluang kami bersama.

ok..

** perjalanan menuju kematian bermula sebaik sahaja kita dilahirkan - solusi isu no. 34
** ada idea nanti saya cerita..mungkin *kamu* dan *anti* yang akan mulakan kisah pada sabtu lalu..

~bersangka baik dgn Allah stp masa~

2 comments:

  1. emm..lepas semua balik rasa rindu sgt saat bersama mendengar kalimah mengingatkan hati, mencintai Ilahi...mg bertemu lg =)

    ReplyDelete
  2. semoga...kat ner ni? leh lak bukak blog...

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^