"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Wednesday, 27 July 2011

perlukah pengalaman

Q : macam ada pengalaman jer....???

A : erk...!!! mane ade..

kdg2 kita x perlukan pengalaman sendiri utk menasihati atau mengatakan sesuatu... cukuplah pengalaman orang lain yang diceduk dari pembacaan atau orang tu yang sudi bercerita... menjadi kaunselor bknlah kerjaya saya...namun adakalanya ia adalah kerjaya sampingan saya..(mode:suke giler..hee..heee..) melalui pengalaman orang lain, kita boleh belajar sesuatu. yang baik diambil jadikan tauladan. yang tak baik buang jauh-jauh.. pengalaman itu adalah guru yang terbaik. tak kira lah pengalaman sendiri atau orang lain. lebih baik pengalaman sendiri kan..? tapi, wahai hati wahai diri..bukan semua boleh kita lalui...bukan semua pengalaman perlu kita rasai..Allah itu maha Adil..

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 49:13

terima kasih kepada cik ct yang sudi memberi
suka sangat ><
Setiap pengalaman adalah pengajaran. Pengalaman adalah pengajaran yang dapat dirasai. Setiap manusia mempunyai pengalaman-pengalamannya tersendiri. Anehnya, walaupun pengalaman itu berbeza, tetapi rasa daripada pengalaman itu dapat dikongsi bersama.
Lalu dengan sedikit pengalaman yang sedia ada, ditambah dengan pengetahuan dan ilmu yang dibaca, maka mampulah kita membuat renungan dan pemikiran. hasilnya, terciptalah iktibar dan pengajaran. Jika dihuraikan dengan lebih terperinci, maka tercatatlah iktibar dan pengajaran itu sebagai ilmu yang dapatmdifahami dan digunakan oleh sesiapa sahaja, hatta oleh mereka yang tidak ataupun  belum melalui pengalaman itu.
Hadapi satu episod hitam dalam perjalananmu yang pasti berliku. Dan alangkah baiknya andai dalam perjalanan itu kita mempunyai teman. Dan sebaik-baik teman ialah hati yang akrab dengan Tuhan. Dengan bertemankan-NYA, kita akan bangkit daripada gelita.
m/s 32 : DI MANA DIA DI HATIKU - Ust. Pahrol Mohd Juoi



yg paling istimewa ada tandatangan penulis
tandatangan pemberi mestilah ada juga...
DIA ada di hati kita..
Allah seolah-olah berbicara melalui buku itu...malam tadi..
suatu ketika dulu, tatkala saya berusaha untuk meredakan kesedihan seseorang, cuba untuk berempati dengannya, turut ingin merasa deritanya, namun teman tersebut berkata.."awak tak paham..awak tak rasa.." ada pilu di hati saya..saya mencuba..saya berusaha..tapi...(sudahlah hati! jangan dikenang kembali..biarkan ia berlalu pergi..) mungkin itu yang membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menuturkan kata dan nasihat apalagi jika memang benar saya belum pernah mengalaminya...

itu perkara lama..apa yang selalu saya kata pada diri ialah kita tak perlukan pengalaman sendiri untuk berbicara tentang sesuatu perkara, cukuplah melalui pembacaan dan pengalaman orang lain yang boleh dijadi iktibar...

namun apakan daya, semalam hati saya masih mempertikaikannya lagi...huh..

ok..

** Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. 30:22

~bersangka baik dgn Allah stp masa~ 


2 comments:

  1. Orang yang pandai ialah orang yang mengambil pengajaran di atas pengalaman sendiri, manakala orang yang genius ialah orang yang mengambil pengajaran daripada pengalaman orang lain :)

    ReplyDelete
  2. hmmmm....alhamdulillah...
    terima kasih...

    ReplyDelete

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^