sungguh aku rindu menghidu harum permaidanimu
sungguh aku rindu menghela dingin hawamu
sungguh aku rindu mendengar baitbait indah taman syurgamu
kala menanti isyak bertamu
sungguh aku rindu berlunjur menghilang lelah bersamamu
sungguh aku rindu bersandar-sandar di tubuh tiangmu
bersembunyi malu malu kala tadbirku tidak selari takdir Tuhanku
sungguh aku rindu menahan sendu tika aku merajuk pada segala yang berlaku
sungguh aku rindu melihat nenek nenek gigih menunaikan solat solat sunat

sedang aku duduk termangu
sungguh aku rindu tersengguk tertidur melayan rajuk

mahu dipujuk Tuhanku
Ya Wadud
sungguh
aku rindu mengulangi yang terjadi tahun tahun lalu
mencium biru permaidanimu
berbumbung indah kubah birumu
menyulam kasih dan cinta di masjid biru
yang tak pernah gagal mencuri hatiku
mencium biru permaidanimu
berbumbung indah kubah birumu
menyulam kasih dan cinta di masjid biru
yang tak pernah gagal mencuri hatiku
1 Rejab 1436

No comments:
Post a Comment
Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^