"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Monday, 2 March 2015

Ranah 3 Warna - Sabar itu bukan menyerah

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Seminggu sahaja untuk menghabiskan novel kedua ini.

Alhamdulillah.

Mengangkat tema man shabara zhafira mengajar kita sesungguhnya sabar bukan bererti pasrah dan menyerah.

"Yang namanya dunia itu ada masa senang ada masa kurang senang. Di saat kurang senanglah kalian perlu aktif. Aktif untuk bersabar. Bersabar tidak pasif, tapi aktif bertahan, aktif menahan cobaan, aktif mencari solusi. Aktif menjadi yang terbaik. Aktif untuk tidak menyerah kepada keadaan. Kalian punya pilihan untuk tidak menjadi pesakitan. Sabar adalah punggung bukit terakhir sebelum sampai di tujuan. Setelah ada titik di bawah, ruang kosong hanyalah ke atas. Untuk lebih baik. Bersabar untuk menjadi lebih baik. Tuhan sudah berjanji bahawa sesungguhnya Dia berjalan dengan orang yang sabar."
Kiai Rais.

Tidak mudah menjadi seorang anak lelaki tunggal di dalam keluarga. Tidak mudah juga menjadi satu-satunya lelaki di dalam keluarga. Alif Fikri berpatah arah apabila ayahandanya dipanggil mengadap Ilahi pada awal penglibatannya di universiti. Antara meneruskan impian almarhum ayahanda untuk menamatkan pengajian dan juga membela emak dan adik-adiknya atau berhenti belajar lalu mencari kerja kerana hanya emaknya seorang yang menjadi sumber kewangan keluarga kini. Dengan berat hati, Alif meneruskan pengajian atas arahan bondanya. Namun Alif berusaha sedaya mungkin untuk membiayai sendiri pengajiannya. Dengan bakat penulisan yang ada, karyanya muncul di koran Indonesia. 

Ranah 3 Warna adalah tanah indonesia tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan. Tanah Jordan, tempat transit 3 hari sebelum ke Benua Amerika. Tanah Kanada yang terletak di benua Amerika. Kanada yang dijejaki bagi program pertukaran pelajar selama setengah tahun. Pelbagai pengalaman yang dialami. Suka duka persahabatan juga rasa suka kepada Raisa, teman sekampus AF.

Di novel inilah AF menceritakan bagaimana berkat sabar dan kesungguhannya beliau berjaya menjejakkan kaki ke benua Amerika seperti impian yang dilakarkan bersama Sahibul Menara di Pondok Madani dahulu. Impian yang dimakbulkan tatkala masih mahasiswa tahun 2 di universiti. 


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

alhamdulillah
seminggu
senyum


Jangan pernah meremehkan impian.

01032015

~bersangka baik dengan Allah setiap masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^