"No disaster strikes upon the earth or among yourselves except that it is in a register before We bring it into being - indeed that, for Allah , is easy -. In order that you not despair over what has eluded you and not exult [in pride] over what He has given you. And Allah does not like everyone self-deluded and boastful -." 57:22-23

Sunday, 22 February 2015

Negeri 5 Menara - Kerana Allah Maha Mendengar.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Mei 2014 - 22 Februari 2015.
9 bulan. 
Alhamdulillah.




Ada masa terfikir macam malas je nak habiskan. Namun, sejak terjebak nonton film layar lebar dari YouTube semangat membaca kembali berkobar.. Itu pun dua kali nonton kerna ketiduran tatkala hampir tiba dihujung cerita. 

Iya mungkin saja bagi penggemar buku-buku juga novel-novel dari Indonesia telah lama meladeni naskhah ini. Ketinggalan sedikit rupanya aku. Alhamdulillah bertemu trilogi ini di Pasar Buku, Medan tahun lalu. Itu pun tidak merancang untuk membeli. Yang pasti aku hanya mahu bawak pulang buku-buku dari Indonesia sepanjang permusafiran 3 hari 2 malam itu.

Pondok Madani. Singkatannya PM. Ya, subhanallah jika diberi peluang ingin sekali aku menziarahi pondok ini. Subhanallah. Tenaga pengajarnya. Didikannya. Asuhannya. Para santrinya. Subhanallah. Subhanallah. Bagaimana bisa sebuah pondok pesantren punya petak sawah padi sendiri. Nasi yang dimakan para pelajar sepanjang tahun adalah hasil dari tuaian PM. Berapa luas agaknya PM ini ya. Kisah persahabatan Sahibul Menara yang mencairkan jiwa. Boleh saja membaca komentar para orang kenamaan di bahagian belakang novel ini nanti. 
"Demonstrasi yang indah tentang kekuatan ikhlas dan 'kesengajaan' berprasangka baik kepada Tuhan. Rumus proses belajar yang jitu: iaitu murid ikhlas diajar, guru ikhlas mengajar....." Erbe Sentanu, Penulis Buku Quantum Ikhlas.
"Dari Negeri 5 Menara ini kita merasakan kekuatan pandangan hidup yang mendasari bangkitnya semangat untuk mencapai harga diri, prestasi dan martabat diri. Keterikatan, peleburan dan pencerahan diri dari kekuatan Allah SWT telah mendasari kesemua kegiatan menjadi ibadah dan keberkahan..." Arief Rachman, Guru Besar Universitas Negeri Jakarta. 

Walaupun sedikit kebingungan dan kebosanan pada awal jalan cerita. Bukan kerana tidak menarik, tapi kerana aku yang memaksa diri untuk membaca. Kadang saat ngantuk terus membaca. Masak sudah dibeliin naik kapal udara segala namun dijadikan hiasan dalam kamar tidur sahaja. Emang uwang itu dipetik dari pohon kopi..?

Bermula dengan cita-cita dan impian seorang ibu yang mahu anaknya menjadi andalan ummah persis Buya Hamka. Cita-cita seorang ibu sejak dari awal kandungan agar anak sulungnya itu bisa menjadi pemimpin agama dan menerangi jalan umat Islam. Subhanallah. Begitulah pentingnya niat dalam apa yang kita lakukan. Begitulah pentingnya doa dan sosok mulia bernama ibu dalam mencorak anaknya. Pasakkan niatmu dari awal, wahai bunda, bakal-bakal bunda, juga bakal-bakal isteri.. InsyaAllah.

Perang dalam jiwa seorang Alif Fikri dalam memenuhi kehendak ibunya untuk terus belajar di PM dan kehendak jiwanya untuk belajar bukan dalam bidang agama di Bandung. Sehingga pada hampir tanggal ujian Kelas 6, beliau memtuskan untuk mengalah. Allah. Ya, terkadang tatkala kita telah memutuskan dan menelusuri keputusan itu, ada masa kita ingin berpatah semula bertukar ikut rasa. Dapat dilihat Alif Fikri pada akhirnya berterima kasih pada kedua orang tuanya kerana memaksa dia bersekolah di PM. Subhanallah. Aturan Allah itu tidak pernah sia-sia. 

Juga sosok bernama Baso teman Sahibul Menara Alif yang paling pintar antara mereka berenam. Namun, tidak menamatkan pengajian pada kelas akhir kerana pulang ke kampung untuk menjaga neneknya yang sakit. Satu-satunya saudara yang dia punya. Baso adalah sosok yang menginspirasi sahibul menara yang lain. Bermati-matian untuk menghafaz al-Quran demi untuk menyarungkan jubah kemuliaan kepada kedua orang tuanya di akhirat nanti sebagaimana sabda Nabi SAW. Tanpa meninggalkan buku-buku akademiknya sama sekali. Kedua ibu bapa yang telah meninggal sejak dia masih kecil. Subhanallah. Begitu istiqamahnya Baso untuk menghadiahkan ayahbondanya jubah kemuliaan di akhirat nanti. 

Boleh google dan baca sinopsisnya sendiri la ye untuk kepuasan hati. Ya, keterujaan untuk menghabiskan bacaan adalah setelah menonton filemnya. Penasaran kok sama apa nggak kaya novelnya.

Ya, saat menghabiskan bab-bab terakhir pada malam semalam dan hari ini, ternyata Negeri 5 Menara mampu membuat jiwa ini kembali ke masa lampau. Setiap yang di baca membawa aku jauh terbang merentas awan ke Jawa Timur. berimaginasi bagaimana setiap watak memainkan perannya. Bentuk muka buminya. Ya, bab-bab terakhir semalam dan hari ini buat mata ini sering saja bergenang. Haha..dasar anak cengeng..

Mengangkat tema man jadda wa jada man shabara zhafira, Negeri 5 Menara sangat menginspirasi. Mimpi-mimpi yang dilakarkan, dilukis bersama, saling menguat kala lelah mahu mengalah. Saling mendoakan tatkala ujian hadir menyinggah. Subhanallah. Indahnya ukhwah.   

Jangan pernah meremehkan impian walau setinggi apa pun kerana Allah Maha Mendengar. Lakaran-lakaran impian mereka bermula di bawah menara masjid sambil menyaksikan kepulan-kepulan awan yang menjelma mengikut imaginasi masing-masing. Ada yang mahu ke Eropah, ke Amerika, ke Mesir, ke Saudi dan ada yang mahu kekal saja di watan sendiri. Maka terhasillah negeri 5 menara.

Bacalah ya.

Owh ya, boleh juga ditonton di bioskop berhampiran..eh, salah di YouTube sudah.. 

Selamat ya..


Mei 2014 - 22 Februari 2015 
9 bulan. Jika hamil, sudah tentu aku telah melahirkan. hahaha.. 
Alhamdulillah.

Tempoh paling lama yang pernah diambil untuk menghabiskan sebuah novel. 
Subhanallah.



adakah perlukan 18 bulan lagi
untuk menghabiskan baki trilogi ini?
kita tunggu dan lihat.


Last. 
Dalam ucapan wida' Kiai Rais kepada anak-anak kelas enam 
"jangan selamanya jadi pegawai, jadilah orang yang punya pegawai."

Allahu.

Subhanallah. Dah lama tak rasa nikmat baca novel dan ulas novel begini. 
Moga masih punya kesempatan untuk menambah koleksi di laman sempit ini.

"jangan pernah meremehkan impian walau setinggi apa pun. 
Allah Maha Mendengar. "

~bersangka baik dengan Allah sepanjang masa~

No comments:

Post a Comment

Semua Allah punya
Terima kasih pembaca
^_^